Negaraku, Negaraku, Negaraku Dirgahayu Semua

Negaraku, Negaraku, Negaraku Dirgahayu Semua
Asalamualaikum & Salam sejahtera


Gambar Sumber dari BH Online
EKSPO  NEGARAKU 2017 - TERKINI KLIK

PUTRAJAYA: Satu pameran infrastruktur berskala besar, Ekspo Negaraku 2017 dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri akan diadakan selama sebulan di Dataran Merdeka bermula 15 November depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ekspo itu akan diadakan dalam satu dewan pameran yang dibina sementara di Dataran Merdeka.
Katanya, ekspo berkenaan akan berlangsung selama sebulan bermula 15 November hingga 15 Disember depan, dibuka secara percuma setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Dipetik dari BH Online Klik SINI 
Menarik sekali Program Ekspo Negaraku 2017 yang diadakan secara terbuka dan berlangsung selama sebulan di Kuala Lumpur. Jika dekat dan boleh pergi dengan memandu kereta kemudian dapat pergi balik semula di Sabah, mahu pergi Etuza sekeluarga. Sayang sekali jauh merentasi lautan samudera dan membelah angkasa udara, kena tol lagi kos flight kapal terbang. 
Bagaimana pun Etuza bangga dengan beberapa rakan blogger yang sudah melihat dan melawat di Ekspo Negaraku 2017 ini. Seperti otai blog saudara HH, selain dia blogger UMI ( Dairy Hidupku ) rasanya ada memuatkan beberapa gambar hasil sokongan mereka kepada PROGRAM BESAR NEGARA ini.

Baiklah Etuza selitkan beberapa gambar  yang membuktikan kami di Sabah walaupun tidak dapat melawat ke EKSPO NEGARA 2017 di Kuala Lumpur kami tetap menyemarakkan semangat sokongan terhadap program berbentuk memantapkan rasa patriotism dan mantapkan rasa cinta terhadap Malaysia oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia. Negaraku Tercinta Malaysia Berjaya.
5 Aspirasi Negara Berdasarkan 5 Rukun Negara Utama
Bunga Raya Kebangsaan Malaysia

Negaraku Negaraku Negaraku Dirgahayu Semua

Kami Genarasi Kebanggaan Malaysia. Dirgahayu Semua..
Negaraku Negaraku Negaraku...Mencintaimu


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Sempena cuti, bolehlah jalan2 ke KL cikgu.

    BalasPadam
  2. Mana Ada plan nk kesana 2 minggu lepas tapi x jadi pula

    BalasPadam
  3. WP inshaAllah akan usahakan .
    Mamapp..pasti akan ke Sabah ya..jika ada niat pasti kesampaian cuma bila sahaja kita tak tahu ketentuan ilahi ni

    BalasPadam
  4. Jom le Cikgu datang semenanjung, bawa mama dan anak2 berjalan..

    BalasPadam
  5. Memang merancang nak pergi. Dah ambil cuti. Hehe

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.