Keputusan Rasmi PT3 Kementerian Pendidikan Malaysia 2017

Keputusan Rasmi PT3 Kementerian Pendidikan Malaysia 2017
Asalamualaikum Semua
Gambar bersama 3 orang anak lelaki Etuza..memakai baju muslim
semasa hari raya 2017. Sekadar hiasan blog

14 Dis 2017 Khamis, keputusan peperiksaan tingkatan tiga PT3 akan diwartakan hari ini pada jam 10 pagi serentak di seluruh negara mengikut sekolah masing-masing. Anak Etuza memberitahu sejak dua hari lalu bahawa keputusan PT3 2017 bakal diketahui hari Khamis minggu ini katanya. Berdebar mendengar pemberitahuan anak.

Anak lelaki Etuza yang ke 4, bakal menerima slip keputusan PT3 dia. Debaran terasa dan redha dengan takdir dariNya. Semoga nanti keputusan PT3 anak Etuza membanggakan kami seisi keluarga.

Kelebihan keputusan PT3 apabila cemerlang ialah :-
1. Pelajar naik ke tingkatan 4 dengan masuk kelas aliran yang terbaik seperti aliran Sains.
2. Tidak perlu isi borang rayuan bagi pelajar di sekolah kawalan 
3. Tidak banyak urusan hal persekolahan pelajar
4. Sekolah mudah menentukan aliran atau bidang  ke tingkatan 4 
5. Seisi keluarga bahagia, gembira dan bersyukur sekali dengan keputusan anak yang cemerlang.

Kepada semua pelajar PT3 yang mendapat keputusan CEMERLANG terlebih dahulu Etuza mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH atas kejayaan anda.

Baiklah sama-sama kita tunggu keputusan peperiksaan PT3 hari ini sebaik jam 10.00 pagi di Malaysia.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Usaha dah..doa dah..tawakkal..moga anak Cikgu mendapat keputusan yang terbaik..aminn..

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada anak2 yang mengambil result PT3, apa jua keputusan terimalah dengan hati terbuka..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.