Apabila Lelaki Menjadi Pencinta Keindahan Bunga Alam

 Apabila Lelaki Menjadi Pencinta Keindahan Bunga Alam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Subahanalllah indahnya corak bunga yang Allah ciptakan ini.

Selamat pagi hari ini, cerah sekali suria pagi bersinar di tempat Etuza, di Keningau, Sabah. Awal pagi sudah bersiaran di udara maya, tetapi terbatas untuk menjadi pejalan ke blog blog saudara di udara maya. Kaki tak sampai melangkah kerana tersangkut pada layar internet yang mengajak langkah kaki ini sangat perlahan. ( Ala line tak lancar ni ) hahaha...

Apa yang dapat dilakukan ialah beriadah di laman sendiri dahulu. Tunggu line lancar yang entah bila baru dapat membaca di laman web teman blogger semua.

Etuza ni sejak remaja memang sukakan bunga-bunga apa sahaja jenisnya, Etuza suka melihat corak dedaunan bunga yang hummm!! unik sekali. Lepas tu jika ada bunga keluar berbagai jenis bunga pula kelihatan. Sungguh indah alam semualajadi dengan adanya pemeliharaan bunga -bunga secara teratur. Ha ada tak yang tak suka kenyataan Etuza, pergilah mana-mana tempat menarik, pasti dan pasti ada bunga-bunga menghiasi laman itu.

Berbagai corak bunga kertas di laman Etuza

Lebih mendalam kesukaan Etuza menanam bunga apabila ibu Etuza pada masa umur Etuza 17 tahun membawa atau mengajak Etuza membantunya berkebun sayur-sayuran. Masa itu Etuza menunggu keputusan SPM. Dimulai kebun sayur itu dari A hingga ke Z, Etuza setiap hari membantu ibu Etuza. Sampailah ke peringkat memetik hasilnya dan ibu pergi menjual hasil di tamu Ground Keningau. Sungguh seronok bukan kepalang melihat berbagai jenis tanaman ibu tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah yang banyak. Etuza dapat upah dan Etuza mulai mengumpul kewangan masa itu hingga empat bulan baru keluar keputusan SPM. Inilah pengisian dan hari-hari Etuza masa itu.

Inilah dia antara bunga kertas kesayangan Etuza..

 Pengalaman Etuza membantu ibu berkebun sayur-sayuran itu rupanya begitu meninggalkan kesan dalam diri Etuza. Apabila keluar keputusan SPM Etuza terus memasuki alam Pendidikan dengan berkursus terlebih dahulu. Masa itu Maktab Perguruan yang Etuza masuki ada ramai pekebun bunga menanam dan menjaga landskap persekitaran Maktab Perguruan Keningau, Sabah. Hahaha...pelik kan Etuza sering ke tempat pekebun bunga untuk melihat cara mereka menanam bunga-bungaan yang semua cantik di mata Etuza.

Tanpa ragu tanpa malu Etuza katakan sendiri Etuza adalah lelaki pencinta bunga alam semulajadi. Masa baru mengajar di sekolah Etuza pernah melakukan perbuatan sering menyiram bunga-bunga di laman hingga ada pekebun bunga nampak malu kepada Etuza. sampai begitu sekali lelaki ini. Etuza suka melihat bunga-bunga itu segar dan rasa gersang hati jika melihat bunga-bungan dalam pasu layu dan kering.

Begitulah hakikatnya pencinta bunga, kini ada berbagai bunga di laman Etuza. nak apa sebutlah boleh bagi. Spesis bunga kertas juga berbagai dan masih sentiasa mencari dan memburu bunga kertas keluaran baru. Kepada teman blogger jika nampak bunga baru bunga kertas yang anda rasakan pelik coraknya nampak baru bunganya dedaunnya baru, beli lah untuk Etuza. Pasti Etuza bayar dan bank in kan wang anda. Tetapi kena tengok bunga itu. Alalala mengarut dah ceritara Etuza, dah ke laut dalam. Maafkan saya. Selamat hari rabu yang indah hari ini. Teruskan kita berbelog sakan.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. tak salah bagi saya lelaki sukakan bunga dan keindahan alam sekitar.selamat bercuti cikgu Etuza

    BalasPadam
  2. Indahnya laman cikgu, siapa tengok pasti hati pun berbunga...

    BalasPadam
  3. saya tak minat tanam pokok bunga..lebih suka tanam sayur-sayuran =) apapun memang nampak berseri laman rumah dengan bunga

    BalasPadam
  4. Jelesnya tengok taman bunga cikgu.. cantik.. 😄

    BalasPadam
  5. Cantiknya bunga2 tu cikgu Etuza.. saya pun peminat pokok2 dan bunga2.. menarik, subhanallah.. :)

    BalasPadam
  6. Tahniah kerana menjadi pencinta bunga...saya suka!

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.