24 Dis Setiap Tahun Dalam Ingatan

24 Dis Setiap Tahun Dalam Ingatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

 Genarasiku..Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Nick Irfan 24  Dis 

24 Dis 2017, hari ahad hari ini, detik ini adalah hari ulang tahun kelahiran anak kedua Etuza yang kami panggil Nick Irfan. Alhamdulillah semoga anakanda Irfan sentiasa dirahamatiNya dan sihat selalu serta bahagia dan gembira. 

Kenapa 24 Dis tiap tahun dalam ingatan? Mama masa melahirkan anak ni, mengadu sakit perut pagi subuh masa itu. Etuza nak bawa ke hospital awal pagi. tetapi mama tidak mahu dengan alasan nak apabila kerap sakit dan kiraan minit ke minit rasa sakit baru nak ke hospital. Katanya tidak mahu kena tahan di wad lambat bersalin lagi katanya. Etuza iyakan saja sebab ini anak ke 4 dah. Pengalaman memang telah dilalui. Etuza pun keluar rumah ke pekan Keningau masa itu. Belum siap membeli keperluan rumah Etuza mendapat cal mama hampir dah beranak. Etuza memandu balik rumah huuu!! laju sekali mujur selamat.

Etuza lalu ditahan oleh kawan Etuza namanya Jusirin Lawadin. Katanya isteri saya dalam keretanya. Allah hu akhbar. Mama pindah ke kereta Etuza dengan saya angkat dan di bantu oleh saudara Jusirin Lawadin ke depan kereta. Masa dalam perjalanan mama menahan kepala Irfan dah nak keluar tetapi mama cuba bertahan. Sebaik sampai di hospital bahagian wad bersalin, dalam beberapa minit tangisan Irfan kedengaran. Inilah detik yang Etuza tidak lupa hingga kini tentang anak Etuza Irfan. Terus terang masa Irfan lahir air mata Etuza menitis, sangat BERSYUKUR. SUBAHANALAH MASA TU SEPASANG ANAK KAMI. 2 L DAN 2 P.

24 Dis sejak kemarin bermain di minda, hendak beli apa untuk dia. Katanya kek tak mahu dan hanya mahu bersalam dengan mak bapa memohon maaf semua kesalahan katanya. Itu saja nak buat katanya. Setakat kek boleh beli sebenarnya, apapun kita ikut kemahuan anak. Tak apa tak ada kek katanya, tak nak membazir. Apapun demi kasih sayang Etuza belikan sesuatu untuk dia bersempena hari lahir dia. Etuza beli gelas  ( mug ) cantik untuk dia dan mesin gunting rambut yang pakai elektrik. ( Gunting Rambut Sorong ). Sampai  di rumah alhamdulillah anak ku Irfan sangat gembira dan ucapkan terima kasih kepada ayahnya ini.

Mulailah dibuka gunting rambut sorong itu. Bersama adik-adik lelaki yang lain. InshaAllah esok dia nak belajar dan mantapkan skil menggunting rambut guna gunting pakai elektrik ni.  Harap rambut adik kemas sebelum ke sekolah awal tahun 2018. Baiklah cuba tengok wajah anak ku ini ketika zaman kanak-kanak dia dan adiknya. Rindunya masa zaman kanak-kanak mereka suka main kereta mainan.
Masa ni rumah belum berapa siap..2003
tengok tu mainan tak nak dilepaskan..Belum kami tinggal 
dalam rumah ini..Ruangan dapur belum siap sepenuhnya

Bersama adiknya..baju pun sama warna..masa ni asyik bermanja 
dengan Etuza..nak minta angkat lah nak sikutlah..siap jadikan Etuza kuda ..
terutama adik kecil tu..Comelkan..kenangan mereka ketika kanak-kanak

Pejam celik ha dah besar lah anak ku ini..Gambar hari lahir 2016
nick Irfan..

" Semoga anak ku Irfan sentiasa taat solat dan mendapat kejayaan di Dunia dan di Akhirat, serta mencapai cita-citanya hendak ke menara gading. InshaAllah kepadaMu Allah kami pohonkan agar diberi kesempatan anak ku Irfan mencapai impiannya. Aamiin "

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu..
    Wah diam tak diam dah remaja Nick Irfan dan makin hensem pula.
    In shaa Allah semoga Anakanda menjadi seorg anak yg soleh, sentiasa taat ibubapa berjaya di dunia lebih2 lagi di akhirat, amin

    BalasPadam
  2. Wasalam Cg Nor azimah..alhamdulillah terima kasih doa untuk anakanda irfan..aamiin

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Lahir Irfan, moga berjaya di dunia dan akhirat, aamiin.

    Remaja dah anak2..

    BalasPadam
  4. Cikgu Etuza adalah contoh bapa mithali. Terbaik Mr Etuza. :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.