Tarik Nafas Lega

Tarik Nafas Lega

Tarik Nafas Lega SPM Sudah Sempurna

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Rasanya semua pelajar SPM 2017 menarik nafas lega hari ini kerana sudah selesai menduduki peperiksaan SPM sesi 2017. Begitulah agaknya anak lelaki Etuza yang ketiga hari ini sekitar jam 12 tengahari selepas solat Zohor Etuza drive ke SMK Agama, Keningau menjemputnya balik ke kampung halaman atau balik ke rumah  sendiri. Kita ucapkan syukur alhamdulillah kepada yang maha agung yakni Allah yang maha hebat lagi berkuasa kerena dengan izinNya maka sempurnalah mereka menduduki SPM tahun ini.

Sebelum balik ke rumah teringat Etuza pesan mama iaitu hendak minta beli air mineral 2 kotak. Justru itu Etuza kena teruskan perjalanan ke Bandar Keningau. Sampai bandar singgah mengalas perut di Restoran kegemaran ( alamak kantoi suka makan di luar ). Restoran Second Cup, sebabnya tepi jalan dan ada ruang parkir. 

Tujuan lain ialah hendak gembirakan anak ini, sudah begitu lama tidak makan bersama, inilah saatnya hendak bersama makan semeja dengan dia. Minta lah apa saja asalkan dia gembira hari ini. Kembali ke rumah bersama adik beradik yang lain.

Sambil makan, anak ni menyatakan nak buat apa nanti cuti panjang. Ada kawan nak bawa kerja, tinggal di rumah kawan di Kota Kinabalu. Rasanya nak cari duit  sendiri lah katanya. Etuza tidak buat keputusan buru-buru, kena bincang dengan mama dahulu. Harap ada lah program yang baik buat anak-anak nanti. InshaAllah.

Anak leleki ke 3 Etuza..tarik nafas lega. SPM sudah 
dilalui dengan sempurna.

 Menu yang kami oder ialah  Resipi Nasi Goreng masak Kampung. RM 7.00 satu orang, minuman nescafe panas dan anak oder Horlick Ais. Oder burn tiap seorang satu RM 2.00 satu.  Di Restoran Second Cup ini tidak menyediakan menu makan tengahari melainkan makanan kena oder dan bayar sebelum makan di meja hidang. Rasanya style yang baik dan santai.Minta maaf lah jika terpalit artis terkenal Malaysia seorang ini. Infor yang Etuza dapat hasil kajian Etuza sendiri Restoran Second Cup ini sebenarnya milik ipar kepada Artis Nelofa. Hebat tak hebat restoran ini citarasa orang Kelantan. Humm!! masakan pun sedap sekali. Sejuk dengan hawa dingin yang segar. Bersih dari udara tercemar dari persekitaran bandar Keningau.

Humm inilah juadah yang kami oder berharga RM 18.00. Kira harga berpatutan.
Sedap. sup panas yang humm!! aromanya wangi..

Sedap ni ...datang lah di Restoran Second Cup di Keningau..Pasti nak lagi.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Good luck untuk anak bujang cikgu..

Makanan diatas betul2 menggoda, sedapnya.

Anak akak belum selesai lagi,ada 1 kertas lagi esok 30/11.
Alhamdulillah dah lega cikgu ya...
Sedap & murah nmpk mknn restoran tu.

Alhamdulillah, ensem anak bujang cikgu, nampak air muka budak baik ni. Selesai spm begitu melegakan hati, tunggu nak ambil result pula Kan. Eloklah kalo nak cari pengalaman kerja tu asalkan kerjanya elok.

Alhamdulillah dah selesai menduduki peperiksaan SPM untuk anak Cikgu...syukur...

Nampak sedaplah roti tu Cikgu..

Lepas ni ada 4 bulan masa lapang dia.
Bolehlah timba pengalaman cari kerja sambilan
WP dulu2 masa cuti, masuk ladang buat kerja sambilan.

Good luck untuk anak Mr Etuza ambik result SPM nanti. Mr Etuza adalah contoh bapa mithali of the year. Memang terbaik. Hihi. Nasi goreng kampung nampak banyak dan lazat. Roti tu pun sangat sedap. Hihi. :D

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (506) Agama (485) Ucapan (483) Berita (411) Dunia Blog (367) Doa (351) Promosi. (350) Info Lelaki (325) Tips Blog (287) Pengalaman (279) Anak (270) Pendidikan (260) Nasihat (237) Kasih sayang (233) Berita Keningau (209) Rasa Bahagia (199) Pelancongan (195) Hadiah (175) Alam Semulajadi (164) Gambar (149) Keluarga (129) Sejarah (129) Ekonomi (127) Segmen (120) Blog (102) kesihatan (88) Tentang lelaki (76) Percutian (68) Isu Semasa (59) Cinta (58) Motivasi (57) Tumbuhan (56) Bunga (55) Rumah tangga (55) Budaya (49) Resipi (48) Nilai Moral (46) Cari Makan (40) Masyarakat (39) Makanan (36) Sahabat Blog (36) Haiwan (34) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sajak (31) Perkahwinan (30) Harijadi (29) Kucing (26) Sekolah (26) Sukan (25) Artis (22) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Kata Madah (18) Lanskap (15) Iklan (14) Tazkirah (11) Petua (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Restoran (7) Grafik (6) Kuiz (6) Pantun Melayu (6) Politik (6) Takziah (6) Wordless Wednesday (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Masjid (5) Hari Raya (4) Pertunangan (3) Universiti (3) Banjir (2) Buah (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger