Seronok Membenihkan Bougainvillea

Seronok Membenihkan Bougainvillea

Seronok Membenihkan Bougainvillea

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Paparan kali ini ialah aktiviti membenihkan batang bunga kertas ( Bougainvillea ) bunga alam semulajadi yang cukup cantik dan menarik perhatian Etuza. Jika anda penggemar bunga kertas, pasti bunga kertas di dalam pasu perlu dicantas agar lebih rimbun dan lebat menghasilkan bunga kertas yang anda idamkan.

Sebahagiaan bunga kertas di laman Etuza..masa ini kurang berbunga
dan bunganya gugur dek hujan setiap hari..

Ranting-ranting bunga kertas yang dicantas sebaiknya usah dibuang tetapi cuba ditanam untuk benih baru, andainya anda menggemari bunga kertas tidak pupus di laman anda. Caranya ialah ambil batang baru bunga kertas yang di cantas ( sebaiknya ambil batang hujung ) seperti dalam gambar, tanam dengan cara STIM. Cara - caranya ialah:-

1. Ambil cup minuman plastik yang dijual atau yang terpakai. Tidak perlu bocorkan tapak cup plastik tersebut.
2. Isikan dengan tanah hitam dan gambut, sebaiknya tanah yang lebih organik ringan dan cepat menggalakkan pengeluaran akar.
3. Cucuk batang bunga kertas ke dalam tanah dalam cup ( lihat gambar ) 
4. Siram dengan air sedikit untuk basahkan tanah dan biarkan selama 3 minggu. Jika menjadi dalam dua minggu pasti akan keluar akar dalam cup minuman tersebut.
5. Tutup dengan plastik ikatkan agar kedap udara. Ini bertujuan akan mengeluarkan wap air dan menjadi air penyiram bagi pokok bunga kertas tersebut.
6. Apabila ada akar keluar, Buka plastik penutup dan alihkan ke bayung baru. Lihat gambar
yang Etuza berikan itu.


Inilah cara tanaman atau pembenihan bunga kertas cara STIM. Cara ini 
sebenarnya sudah lama viral dikalangan penggemar bunga kertas.

Benih baru bunga kertas yang dipindahkan ke bayng plastik hitam.
Pokok bunga kertas baru yang segar dan cepat berbunga. Inilah hasilnya..amat menarikkan

Cara tanaman cangkuk.( akan Etuza buat entri cara ini.Sabar ya ) Nampak akar tak..hehehe

Landskap orang kampung..aduhai segar tul melihat bunga kala pagi..
dapat hirup udara segar... aman dan damai..Subahanallah..

Bunga kertas di laman Etuza kini berbagai jenis.
Nama-nama ID tiap jenisnya kini semakin terkenal..
Antaranya Bunga Kertas Sanggul fatimah dan sebagainya.
Jika berminat boleh ODER..Kita cuba berunding.
Selamat Bercuti Sekolah bagi semua Warga Guru.
Byr. Etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

wahh,cantiknyaa banyak bunga2.

Cantiknya bunga kertas..

Waaaa jarang sekali lelaki minat tanam-tanam bunga ni... saya sebagai ppuan pun nda berapa minat jg tanam bunga hahahha.. tapi cantikkkk memang lawa dan firstime dengar nama bunga kertas sanggul fatimah, unik namanya

Liza Izara..menanam bunga bi umpama bertani berkebun bagi saya ..di desa saya ramai lelaki yang suka tanam bunga kertas dan bunga2 lain ..indahkan landskap..pastilah lelakim lebih hebat dari perempuan. Cuma menjaganya merawat yabiklah kaum hawa lah terro

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (478) Ucapan (464) Agama (435) Berita (396) Dunia Blog (350) Promosi. (338) Doa (336) Info Lelaki (309) Tips Blog (278) Pengalaman (263) Anak (254) Pendidikan (237) Nasihat (224) Kasih sayang (215) Berita Keningau (196) Rasa Bahagia (191) Hadiah (168) Pelancongan (164) Alam Semulajadi (148) Gambar (131) Ekonomi (121) Sejarah (119) Keluarga (112) Segmen (112) Blog (85) kesihatan (83) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Bunga (50) Motivasi (50) Percutian (47) Resipi (43) Budaya (42) Nilai Moral (40) Cari Makan (38) Masyarakat (34) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (31) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (24) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sukan (20) Makanan (19) Seni (19) Tips (19) Sekolah (18) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Restoran (4) Takziah (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger