Selamat Pagi Buat Mu Pembaca Maya

 Selamat Pagi Buat Mu Pembaca Maya

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Mentari kini telah bersinar, masih tidur ke? 

Selamat pagi buat mu pembaca maya di hari Sabtu 25 Nov 2017 memungkinkan banyak acara kehidupan anda. Pastinya akan tercapai kerana kini cuti sekolah sudah bermula pada hari pertama. Rancanglah percutian anda semua. 
Miow kembar comel tul lah anak kucing ni..menjadi kesayangan
sampaikan tidur atas tilam empuk..aduhai anak-anak Etuza begitu penyayang.

Alamak masih tidur ke tu? bangunlah ya, kerana kata orang bangun awal dan tunaikan solat subuh pasti Allah limpahkan keberkatan dalam kehidupan kita. Jangan lupa ya kita kejar masa dan adunkan berbanyak-banyak amalan yang baik-baik. Elakkan membuat perkara yang Allah tidak sukai. Kita boleh melakuakkannya.

Adui miow awak pun tidur lena juga ya. Sampai nak kejutpun tak mahu
bangun hehehe..Comelnya anak miow tidur..

Bagunlah ! ala bangunlah ! baiklah Etuza teringat ala-ala GA di blog Etuza. Niat hendak memberi belum ada blogger yang kedua dan ketiga tampil melaksanakan syarat yang Etuza gariskan. Hampir ke Disember belum ada yang sudi hendak menerima pemberian Etuza. Syarat itu kemungkinan menghalalkan pemberian kerana masing-masing merasa dihargai. Setakat ini BLOG INI yang telah mendahului. Tahniah, blogger ini kemungkinan akan segera Etuza hubungi untuk menghantar apa yang kini bakal menjadi haknya. Ayuh! bangun dan lakukan tugasan anda.
Hahahaha dah bangun..comelnya awak ..anak bagi nama DEBAK..

 Alhamdulillah syukur kepadaNya kita sudah bangun dipagi hari ini. Laksanakan tugas pertama dengan bersihkan diri mandi dan kemudian sarapan pagi dahulu barulah segar dan bertenaga melakukan kerja-kerja pengisian percutian anda.  Etuza.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.