Ramalan Musim Tengkujuh Berlarutan Hingga Mac 2018

Ramalan Musim Tengkujuh Berlarutan Hingga Mac 2018

 Ramalan Musim Tengkujuh Berlarutan Hingga Mac 2018
Asalamualaikum & Salam Sejahtera. 
KUALA LUMPUR: Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula 13 November ini hingga Mac 2018 dengan hujan lebat diramalkan berlaku di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sumber SINI.
Berhati-hati sentiasa walau di mana berada. 
Hujan itu rahmat, berdoalah memohon kebaikan ketika hujan. 

Klik sumber yang Etuza linkkan mengenai lebih lanjut berita online mengenai musim tengkujuh di Negara Malaysia. Di jangka musim hujan atau musim tengkujuh akan bermula esok 13 Nov 2017 hingga berlarutan ke bulan Mac 2018. Ini kenyataan berita di radio pagi  hari ini, selain laman sosial ramai yang menyiarkan tentang fenomena ini di blog masing-masing.

Dikatakan bahawa setiap individu harus sentiasa berhati-hati di musim ini. Nasihat sumber sebagaimana berikut ini amat penting kita ketahui dan sentiasa berjaga-jaga ketika musim tengkujuh. 

“Episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember 2017. Pada Disember 2017 dan Januari 2018, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah,” menurut METMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Ia berkata, semasa Monsun Timur Laut, hujan berterusan untuk tempoh sehingga 3 hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah dan cenderung banjir.
“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk,” kata jabatan itu. Klik SINI
Kepada warga Malaysia khasnya di Sabah dan Sarawak, berhati-hati sentiasa ketika musim tengkujuh. Elakkan dari memandu laju ketika hujan lebat dan sentiasa letakkan payung dalam kereta, kerana pasti payung tersebut akan membantu memayungi anda ke tempat dituju. Hujan tetap hujan kerana hujan itu adalah kehendakNya. Sentiasa bersabar andai kita dalam hadapi musibah alam semulajadi.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Kesilapan ejaan mohon saya di maafkan..ada ja kesilapan diri ini

Memang kena bersedia dan berjaga-jaga..

berhati hati dan berwaspada .......di musim tengkujuh, periksa tayar kenderaan.jalan licin...dan kurangkan untuk aktiviti di gunungan

musim banjir skrg ni...hati2

singgah sini etuza.. alhamdulillah penang dh surut banjir. musim hujan kena berjaga2

Itulah yang risau juga, jika awal tahun baru ni terkepung dan terputus hubungan, nak pergi kerjapun tumpang hilux siapa entah, jnji lepas ke seberang jalan..

Peluang untuk menanam buah-buahan ni cikgu etuza :)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (465) Ucapan (461) Agama (421) Berita (395) Dunia Blog (349) Doa (332) Promosi. (332) Info Lelaki (301) Tips Blog (278) Pengalaman (255) Anak (245) Pendidikan (228) Nasihat (223) Kasih sayang (213) Rasa Bahagia (189) Berita Keningau (188) Hadiah (168) Pelancongan (151) Alam Semulajadi (135) Gambar (131) Ekonomi (118) Sejarah (115) Segmen (112) Keluarga (109) Blog (84) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (48) Resipi (43) Nilai Moral (39) Cari Makan (38) Budaya (35) Percutian (35) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Haiwan (27) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (18) Makanan (17) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Anak Buah (4) Grafik (4) Restoran (4) Tazkirah (4) Jantung (3) Pertunangan (3) Takziah (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger