Kursus Pemantapan Program NILAM KPM

Kursus Pemantapan Program NILAM KPM

Gambar bersama Pegawai Penceramah.
gambar kurang terang ada kesan cahaya lampu.

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Akhirnya berjaya menambat line lancar, alhamdulillah dan syukur kerana hajat terkabul nampaknya untuk menzahirkan entri ini. Iaitu peristiwa hari ini 20 Nov 2017 di mana Etuza telah hadir kursus Penambah Baikan Program Nilam KPM yang bertempat di Pusat Giat Guru Daerah Keningau bermula jam 8.00 pagi hari ini.

Pegawai penceramh En. Mustafa Malisin, telah menyampaikan  informasi tentang NILAM ditambah baik yang menjadi kerja di bawah bidang Guru Perrpustakaan & Media seperti Etuza. Program NILAM ( NADI ILMU AMALAN MEMBACA ) telah diperkenalkan oleh KPM sejak 1998. Dan kini disebarluaskan dengan cemerlang di setiap sekolah. Sasaran adalah untuk menerapkan amalan suka membaca di kalangan murid atau pelajar hingga ke peringkat tinggi.

Peristiwa Menarik Ketiak Kursus Tambah Baik NILAM.

1. Selain dapat informasi baru tentang NILAM ke arah lebih meluas dengan pelibatan seluruh pihak selain guru, termasuk ibubapa dan sesiapa sahaja adalah penggerak NILAM. Dan dari segi bahan bacaan diperluaskan secara menyeluruh, dahulu hanya mencatat ringkasan hasil bacaan dari sesebuah buku, tetapi kini merangkumi bahan bukan buku, majalah, poster, carta hinggalah ke sumber bacaan dari laman sosial seperti bacaan dari blog dan sebagainya. Inilah yang menariknya tambah baik Program NILAM kali ini. Bagaimanapun pengurusan harus diselaraskan oleh GPM dan AJK pelaksana di sesebuah sekolah. Banyak perkara diubahsuai sesuai dengan penambah baikan yang dilakukan.

2. Peristiwa kedua yang menyeronokkan Etuza ialah dapat jumpa insan blogger dari Sook Keningau. Dua blogger berjumpa dan duduk semeja, hai memang banyak cerita yang kami kongsikan. Asal ada peluang rehat kami berbincang hal-hal blog, apa perkembangan dan sebagainya kami bincang dan mendapat jawapan terhadap beberapa kemusykilan atau kekurangan faham hal-hal mengurus blog. Seronok kan.

Hal ADSEND kata Blogger Jafran ( Jusrey Juasin ) hendak daftar di ADSEND bukan mudah, banyak syarat kena terima, kerana jika ada apa-apa berlaku terhadap individu yang menggunakan produk kita dalam blog yang diiklankan pihak GOOGLE tidak bertanggungjawab melainkan tanggungjawab blogger tersebut. Bagi yang sudah wangkan blog dengan daftar ADSEND pastinya sedia maklum hal ini.

Masa berbelog atau melakukan apa sahaja rutin seorang blogger. Katanya kita bila-bila masa ada kelapangan updated blog. Bukan kemestian hendak sepanjang masa di blog. Kerja-kerja blog adalah pengisian masa senggang yang seronok. Usah leka dan lalai katanya. Cabaran lain mengurus blog ialah keadaan LINE tidak lancar dan kesibukan tugasan di sekolah katanya. Memang apa yang Blogger Jafran katakan itu benar dan Etuza terima dengan senang hati. 

3. Gambaran keadaan menuju ke Sekolah  Kebangsaan Pohon Batu, Nabawan. Kata blogger Jafran, memakan masa selama 6 jam perjalanan dari pekan Sook ke SK. Pohon Batu tempat Jafran bertugas. Dan Blogger Jafran ini berasal dari Kampung Johan Jaya, Sook, Keningau. Jalan raya ke SK. Pohon Batu grable berbatu dan becak serta kena menggunakan kereta  4 x 4 baru sampai ke SK. Pohon Batu. Tentang view atau pemandangan di sana katanya sangat indah dan ramai pelancong datang singgah melihat ke SK. Pohon Batu ini. Terasa Etuza hendak melawat sekolah Blogger Jafran, tetapi entah bila. Baiklah sebelum mengundur diri buat seketika inilah gambar-gambar kami bersama. Menjadi kenangan dalam blog santai Etuza ini.

Sila KLIK BLOG JAFRAN  menarik dengan tips2 penanaman herba
dan sebagainya. Rugi jika tidak klik.

 Best pula jumpa sekepala Blogger Keningau Jafran dan Etuza

dengan siapa lagi Etuza dapat jumpa ..blogger mana ?
seronoknya dapat bergambar sesama blogger

Etuza, Jafran dan Cikgu Ruzailah 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.