Cabutan Tiket Bertuah

Cabutan Tiket Bertuah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Menang cabutan bertuah antara hamper besar diangkat oleh mama

Antara pengurus hamper pada Majlis Makmur ( Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ) 2017  sekolah adalah Etuza sendiri. Kira berjaya juga Etuza urus saat-saat akhir kerana Etuza terlibat kursus pada minggu tersebut. Risau juga jika kekurangan hamper, Etuza tidak mahu di beri komen yang tak enak di dengar. Itu tandanya Etuza memberi kerjasama kepada individu lain yang mengurus sumbangan hamper di majlis ini.

Himpunan hamper yang berbagai saiz dan bentuk..menarikkan..

Tibalah saat yang dinantikan iaitu acara cabutan tiket bertuah. Nombor apa kena cabut dan hadiah apa menjadi milik. Alamak mama menang pula satu hamper besar dan tinggi lagi. Tapi bila lihat hamper mama yang gebu , alamak semua bahan yang kena suap ke mulut lah pula. Dapat hamper barangan lain ke boleh juga diguna pakai hingga masa dia rosak. Antara hamper yang menggoda ialah botol besar minyak masak,  kontaina yang besar, serbuk sabun cuci kain yang besar, anak pokok buah mangga pun ada minyak masak dan sebagainya. Apa nak buat mama menang hamper tersebut ambil saja lah, janji anak-anak Etuza suka syukurlah.

Kiranya mama pegang nombor yang berkat hari itu..
Etuza harap dapat, tetapi habukpun tak ada..
walhal diri ini antara pengurus sumbangan hamper.
hai begitulah jika bukan rezeki kita kan..redha ja lah..

Pegawai Perasmi pun menang satu hamper ..bertuah dapat hamper percuma kan.
Berbaloi lah pegawai ni datang, dapat dua buah tangan. 
1. Cenderahati sebagai pegawai perasmi
2. Hamper cabutan bertuah. Etuza

Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.