Buaya Jinak Di Keningau, Sabah

Buaya Jinak Di Keningau, Sabah

Buaya Jinak Di Keningau, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Rombongan sekolah Etuza semasa Lawatan Sambil Belajar 
di Ladang Ternak Lembu Datuk Yap  ( gambar kabur )
Jemput lihat dan baca maklumat tentang hasil lawatan Sambil Belajar. oleh warga sekolah Etuza yang berjaya dilaksanakan pada awal September 2017 yang lalu.

Lawatan ini adalah program sekolah khasnya antara pengisian selepas UPSR 2017. Tempat lawatan ialah di LADANG TERNAK LEMBU DATUK YAP yang terletak di Bomboi Bawah, Keningau. Untuk pengetahuan anda Ladang Ternak Lembu Datuk yap ini sebenarnya bertaraf  Kebangsaan. Di sebabkan kejayaan Datuk Yap menjadikan produk lembu tenusu yang hasil nya kini di pasarkan di seluruh Negara Malaysia dan apa tah lagi di Sabah.

Pelajar dan guru serta staff sokongan mendapat susu kotak lembu percuma.
Humm segarnya..
Selain lembu, ladang ini juga turut memelihara kambing untuk di komersilkan produk daripada haiwan hebat ini. Tetapi apa yang paling mengejutkan ialah ladang ini rupanya ada memelihara BUAYA yang jinak dalam kolam  tempat tinggal buaya ini. Jika di  Lagud Seberang Tenom, Sabah, buaya dipelihara dalam keadaan buaya itu di letak dalam jaring besi yang sempit, dan menjadikan buaya itu tidak dapat bergerak. ( Kurang pasti masa sekarang, cara memelihara buaya di Lagud Seberang Tenom, Sabah seperti dahulu. ) Di Ladang Ternak Datuk Yap, buaya di lepaskan dalam satu kolam besar berdinding tinggi serta kongkrit dalam bentuk segi empat. Seolah seperti kolam hiasan. Buaya di dalamnya banyak dari besar ke anak buaya. Jinak dan sesekali menyelam dalam air.

Inilah keadaan tempat buaya tersebut dipelihara..selamat untuk di lawati.

Menurut pekerja di Ladang Ternak Datuk Yap, menjelaskan bahawa rasional Datuk Yap memelihara buaya ini ialah :-
1. Buaya memakan daging ( Karnivor ) dengan itu sekiranya ada anak lembu atau lembu lain  juga kambing yang mati kerana serangan penyakit, maka pihak ladang Lembu ini tidak akan membuang bangkai lembu tetapi sebaliknya pekerja menyiat atau memotong daging lembu yang mati itu kemudian dijadikan makanan oleh buaya. Patutlah memelihara buaya banyak dan membiak kelihatannya.

2. Menyelamatkan persekitaran dari tercemar dengan bau busuk bangkai lembu dan kambing jika dibiarkan tidak dikubur atau dibakar.

3, Sebagai salah satu tempat menarik untuk di lawati di Ladang Ternak Lembu Datuk Yap.

Tidak perlu kini  kita lagi kini masyarakat Keningau datang ke tempat lain semata-mata hendak melihat buaya jinak, tetapi buaya di Keningau, datang sahaja boleh melawat buaya di Ladang ternak Lembu Datuk Yap. Lihat lah sepuas hati. Haiwan lain yang dipelihara ialah Landak dan Babi Hutan sebagaimana difahamkan kepada kamo semua.

Sedikit pemandangan di ladang ternak lembu datuk yap. Luas dan segar dengan kehijauan rumput makanan lembu dan kambing



Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Wah...ternak buaya...ngeri...takut..tapi bagi yang dah biasa tiada masalah untuk mendekati buaya tersebut..

alasan yang sememangnya bernas...

Teringin nak ke Sabah nak tengok alam semulajadi yang indah..

*Gambar lembunya xde ke cikgu.. hihihih

Jinak2pun tetap buaya namanya, tak sanggup saya, sekali ngap abis. 😄

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (486) Ucapan (474) Agama (455) Berita (401) Dunia Blog (360) Doa (343) Promosi. (343) Info Lelaki (314) Tips Blog (281) Pengalaman (271) Anak (259) Pendidikan (247) Nasihat (228) Kasih sayang (221) Berita Keningau (200) Rasa Bahagia (194) Pelancongan (177) Hadiah (169) Alam Semulajadi (154) Gambar (136) Sejarah (127) Ekonomi (124) Segmen (116) Keluarga (114) Blog (96) kesihatan (87) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Percutian (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Motivasi (52) Bunga (51) Budaya (46) Resipi (46) Nilai Moral (42) Cari Makan (39) Masyarakat (37) Award (32) Haiwan (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sahabat Blog (31) Sajak (29) Harijadi (28) Makanan (27) Kucing (25) Perkahwinan (24) Sukan (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sekolah (20) Seni (19) Tips (19) Lanskap (15) Iklan (14) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Hari Jumaat (8) Lirik Lagu (8) Kata Madah (6) Kuiz (6) Politik (6) Tazkirah (6) Anak Buah (5) Grafik (5) Ikan (5) Jantung (5) Pantun Melayu (5) Restoran (5) Takziah (5) Hari Raya (3) Masjid (3) Pertunangan (3) Wordless Wednesday (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) Universiti (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger