Blog Walking Bloglist Terbaik 1 ( Sesi Klik Klik Blog )

Blog Walking Bloglist Terbaik 1 ( Sesi Klik Klik Blog )

Blog Walking Bloglist Terbaik 1 ( Sesi Klik Klik Blog )
Asalamualaikum Semua..
Klik Dahulu SINI
Imej dari FB Etuza. Gambar sekadar hiasan. Blog Walking Klik-Klik Blog 
pada BLOGLIST TERBAIK 1.Siapa mereka klik2 lah mereka ya.

Apa khabar pembaca yang dihormati?. Semoga sihat ceria dan mulakan apa juga aktiviti hari ini dengan senyuman senang hati dan ikhlas. Baru aman damai.

Baiklah, Etuza hendak beri infor tentang Blog Walking Etuza ke Bloglist Terbaik 1 dalam sisi kanan blog Etuza sejak pagi kelmarin dan semalam telah selesai mengklik klik atau mengelidah blog tersebut. Etuza dapati ada blog yang kini BLOK habis habisan kehadiran  Etuza dari melihat blog dia. Adui sedihnya. Tetapi tidak apa kerana itu hak blogger itu dia sudi atau tidak kita datang terserah kan. Kita semua boleh buat seperti itu bila-bila masa tetapi apa lah ertinya perkongsian kita jika tidak ada yang datang membaca. Begini lah ada ayat mengatakan bahawa " SAMPAIKAN LAH ILMU BIAR SEPATAH " Berdasarkan kata-kata itu lahir keikhlasan Etuza untuk semua. Cuma mohon kerjasama gambar-gambar milik dalam blog ini jangan di ganggu atau print ( alamak mana ada yang suka print kan kan kan!)

Keduanya ada blog yang memang aktif tetapi tidak naik ke atas sebagai blog baru muat naik artikal. Hal ini Etuza tidak sure mengapa. Google begitahu lah anda keadaan ini pasti anda dapat melaluinnya. 

Ketiga, ada blog yang pihak BESTARI NET tidak lepaskan maksud Etuza tidak membenarkan siaran blog itu dengan menggunakan WIFI BESTARI NET KPM di sekolah Etuza bila Etuza menggunakan line internet capaian itu. Adoi sedihnya, sebab itu lambat Blog Walking Etuza selesai. Menanti balik rumah baru guna WIFI sendiri baru dapat jejak blog kawan-kawan.

Keempat, Blog Walking ini sebenarnya rutin TERBAIK seorang bloggers. Ianya aktiviti sihat yang menjadikan blogger tersebut kaya dengan ilmu dan dapat melihat keindahan rumah atau blog orang lain. Bestkan.

Kelima, melalui Blog Walking ini iaitu kita klik klik macam katak melompat ke blog dan blog lainnya kita berpeluang besar FOLLOW blog baru dan blog yang lama. Bukan kah ini yang kita wajib buat baru ada followers di blog kita sendiri. Akan bertambah dengan sendirinya kesan dari kita klik klik blog teman lain. Hebatkan. Dengan itu usah lah malu-malu lakukan Blog Walking seperti Etuza.

Keenam dan terakhir, jika hendak drop komen  terserahlah pada blogger tersebut. Cuma Etuza adalah antara blogger yang suka komen blog orang.  Komen membina beri sokongan kepada blog yang hebat tanda jejak kasih kita ke blog tersebut. Dan ruangan komen kalau sudah terhampar maka kita kena komen sesuai dengan entri blog tersebut, apapun bukan kemestian lah ya. Satu saja nasihat, mohon komen yang mesra kawan , komen membina juga boleh pada Etuza kukuhkan kemahiran itu pastinya ada pahala Allah beri kepada blogger yang komen kesilapan kita di blog. Ok beres!!.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

Salam etuza... xsempat nak bw etuza... hpfully etuza terus sukses dlm apa jua yg dilakukan...

Komen yang ditinggalkan itu juga motivasi kepada pemilik blog kan cikgu..

Saya tak pernah berhenti blogwalking sejak jadi blogger.

Bezanya.

Banyak dengan sedikit.

Dulu banyak.

Sekarang sikit

cikgu memang xsah kalau tak drop komen kat blog saya.. hihihihi.. terima kasih cikgu.. walaupun kekadang jarang sangat saya nak up post yang berbentu peribadi.. :D

saya memang selalu jugak BW tapi datang membaca dan sekrang jarang nak drop komen.. hihih

Assalam cikgu etuza..JM pun dah kurang blog walking..x seperti dulu adehh

Page view blog JM pun dah kurang mgkin sbb 6 faktor yg cikgu share ni..bukan x ada masa tp masa tu abiskan utk perkara lain

salam perkenalan dari Putrajaya....terima kasih drop komen dan jd followers blog saya.. :)

salam cikgu etuza..maaf hujung2 tahun ni...agak terbatas untuk bW

Sekarang ni susah sedikit nak blogwalking sebab kekangan masa.

page view blog saya pun dah jatuh menjunam ... sebab dah kurang aktif sekarang :)

Saling menyokong antara satu sama lain..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (478) Ucapan (464) Agama (435) Berita (396) Dunia Blog (350) Promosi. (338) Doa (336) Info Lelaki (309) Tips Blog (278) Pengalaman (263) Anak (254) Pendidikan (237) Nasihat (224) Kasih sayang (215) Berita Keningau (196) Rasa Bahagia (191) Hadiah (168) Pelancongan (164) Alam Semulajadi (148) Gambar (131) Ekonomi (121) Sejarah (119) Keluarga (112) Segmen (112) Blog (85) kesihatan (83) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Bunga (50) Motivasi (50) Percutian (47) Resipi (43) Budaya (42) Nilai Moral (40) Cari Makan (38) Masyarakat (34) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (31) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (24) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sukan (20) Makanan (19) Seni (19) Tips (19) Sekolah (18) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Restoran (4) Takziah (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger