Anugerah Yang Hebat DariNya. Alhamdulillah Graduat Akhirnya

Anugerah Yang Hebat DariNya. Alhamdulillah Graduat Akhirnya

Gambar ramai-ramai Pelajar Malaysia Di Universiti Al Azhar Kahera, Mesir
Selepas Konvokesyen pada  30 Okt 2017. Syabas & Tahniah!

Aasalamualikum & Salam Sejahtera.

30hb Okt 2017 adalah detik yang ditunggu-tunggu, detik waktu yang sebenarnya turut mendebarkan apa tah lagi kepada mereka yakni pelajar-pelajar Malaysia di luar negara di mana-mana juga yang pada tahun ini bakal menamatkan pengajian mereka semua.

Alhamdulillah detik waktu itu telah tiba dan telah dilalui. Perbincangan dari hati ke hati telah dibuat dan kami sebagai ibubapa memutuskan membatalkan niat ke Mesir untuk menyaksikan detik bersejarah bagi anakanda tersayang. Beginilah caturan kehidupan yang Allah rencanakan, di mana walau niat meronta-ronta hendak pergi namun jika bukan rezeki pasti niat dan kehendak tidak akan dikabulkan. Apa yang dapat di lakikan ialah redha dengan ketetapan yang Allah atur kepada kehidupan kita.

Tahniah kepada ibubapa dan anak yang datang bersama ketika hari Majlis  Konvokesyen  Di Universiti Al Azhar Kaherah Mesir pada 30 hb Okt 2017. Kepada anak tersayang TAHNIAH & SYABAS kerana jerih payah berjuang untuk memastikan dapat memegang segulung Ijazah kini menjadi milik yang amat berharga. Inilah anugerah terhebat dari Allah kepada keluarga Etuza. Akhirnya Graduat bersama kawan-kawannya. ALHAMDULILLAH pujian kepadaMu ya Allah.

Lihat beberapa gambar mereka semasa konvo pada 30hb Okt 2017

Tersenyum gembira menerima segulung Ijazah. Syukur alhamdulillah


Betapa gembira melihat mereka meneriam anugerah ini.
Bukan sesuatu yang mudah melainkan memerlukan jati diri
kental jiwa berjuang mengharung cabaran sebagai pelajar Malaysia
di negara orang. Tahniah buat anak tersayang.

Abadikan kenangan dengan kawan baik 
orangnya baik..

Naik di pentas menerima transkrif Ijazah

Catat Ulasan

11 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.