Anugerah & Penghargaan 2017

Anugerah & Penghargaan 2017

Anugerah & Penghargaan 2017

Asalamualaikum  & Salam Sejahtera.

Hari anugerah Ko Kurikulum, HEM dan Program NILAM 2017

Hari ini, 22 Nov 2017 bersamaan hari Rabu tiba lah masa dan saat yang ditunggu-tunggu oleh murid di sekolah Etuza bertugas. Iaitu hari Anugerah dan Memberi Penghargaan kepada semua pelajar yang di lantik sebagai pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan pengawas ICT sesi 2017. Kelihatan semua murid teruja di majlis rasmi ini kerana melihat berbagai hadiah seperti sijil, hamper dan alat tulis bakal dimiliki.

Barisan pengawas sekolah terbaik & Pengawas Harapan 2018

Seperti tahun lalu beberapa pengawas terbaik lelaki dan perempuan akan dipilih selain dipilih pelapis iaitu pengawas harapan tahun hadapan atau tahun berikutnya. Kelihatan dalam gambar lima pengawas yang bernasib baik dinobatkan dalam kategori ini. Tahniah kepada Hafiz Syafie dan Syerina Dominic merupakan pengawas terbaik 2017. Serta tahniah juga kepada Mizan Khairil, McHumpry Marcellus, Norayu Athirah Jaafar dan Nurfarahin Sakamin terpilih sebagai pelapis tahun 2018 dinobatkan sebagai pengawas harapan.

Nor Aliya dinobatkan pelajar TOKOH NILAM  perempuan  sekolah Etuza 2017

Program NILAM KPM juga dalam majlis rasmi ini memberi anugerah kepada semua pelajar yang mendapat rekod NILAM terbaik setiap kelas. Kategori NILAM terbaik akan diberi dan nampaknya Nor Aliya merupakan puteri bongsu Etuza berjaya  sebagai Tokoh NILAM perempuan dan adik Johnatahan Ben sebagai Tokoh NILAM lelaki. Di samping adik Ammar Farahin menjadi calon  Pengawas Pusat Sumber Harapan  2018. Pengawas terbaik lelaki disandang oleh Johnatan Ben dan Izmazera Dualis pengawas Pusat Sumber Terbaik perempuan.

Inilah dia barisan TOKOH NILAM sekolah Etuza pada tahun 2017

Semua hadiah, sijil serta hamper disampaiakn oleh En. Mohd Asrin Halim selaku Guru Besar sekolah dan diiringi oleh Penolong Kanan 1 serta Penolong Kanan Ko Kurikulum. Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan jadikan hari anugerah ini sebagai penyuntik semangat agar lebihkan usaha di masa akan datang. Esok akan diwartakan pula keputusan UPSR, agak berdebar menanti hari esok. Sama-sama kita doakan kejayaan anak-anak kelahiran sendiri.Etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

Tahniah ya...apa pun....walau apa pun keputusan..mereka sudah cuba yg terbaik

Tahniaha buat anak2 yang berjaya..

Tahniah kepada semua..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (466) Ucapan (461) Agama (424) Berita (395) Dunia Blog (349) Doa (333) Promosi. (332) Info Lelaki (302) Tips Blog (278) Pengalaman (255) Anak (247) Pendidikan (230) Nasihat (223) Kasih sayang (214) Rasa Bahagia (189) Berita Keningau (188) Hadiah (168) Pelancongan (152) Alam Semulajadi (135) Gambar (131) Ekonomi (118) Sejarah (115) Segmen (112) Keluarga (110) Blog (84) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (48) Resipi (43) Nilai Moral (39) Cari Makan (38) Budaya (36) Percutian (35) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Haiwan (27) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (18) Makanan (17) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Anak Buah (4) Grafik (4) Restoran (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Takziah (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger