3 Perkara Perlu Dihindarkan - Panduan Kehidupan 1

3 Perkara Perlu Dihindarkan - Panduan Kehidupan 1

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Bertemu di arena maya yang mengujakan ini. Jika sudah ada mood yang baik maka akan timbul berjuta idea di minda untuk updatedkan blog kesayangan anda. Lantas usah bunuh mood tersebut apabila line sedang lancar dan begitu membantu merealisasikan kehendak memuatkan entri dalam blog anda.

Kehidupan ini adalah satu perjalanan, dalam melayarkan kehidupan harus ada pegangan dan panduan hidup. Pegangan yang paling tebaik bagi menjadikan kehidupan terarah dan terurus ialah Pegangan Agama anda. Agama kita mengajar kita agar sentiasa berkelakuan baik walau di mana berada. Jika tiada pegangan hidup perjalanan hidup akan mengalami masalah yang tidak pernah akan selesai.

Untuk kehidupan diri dan orang lain kebergantungan antara satu sama lain amat diperlukan. Bermakna kita ditegah mementingkan diri sendiri. Sebagai manusia kita perlu menghindari banyak perkara agar kesan perbuatan kita itu tidak akan menganggu orang lain, tidak akan menjadikan kehidupan orang lain teraniya akibat perbuatan buruk sebilangan manusia di dunia ini. Cuba perhatikan 3 perkara yang sepatutnya kita hindarkan.

1. Tidak membersihkan tandas selepas menggunakannya.

Bayangkan tandas di rumah atau tandas awam, anda begitu berkemahuan hendak menggunakannya, tetapi alangkan mengejutkan apabila nyahtinja orang yang tidak bertanggungjawab masih terlonggok membusuk dalam mangkuk tandas yang kita ingin gunakan. Astagfirullahahalazim. Cuba bayangkan  sendiri. Kesan emosi terganggu rasa bahagia anda tergugat. Mood marah membuak tetapi hendak marah kepada siapa kita tidak  pasti siapa pelakunya. Ayuh hindarkan perbuatan tidak membersihkan mangkuk tandas selepas menggunakannya.

2. Meludah dan bersin di depan kita atau ditengah khalayak ramai.

 Pernah kah anda melihat perbuatan individu meludah dihadapan kita atau di hadapan orang lain, ketika kita berada di tempat umum. Perbuatan ini amat- amat tidak bermoral serta memalukan. Kadangkala ada kita terlihat individu tersebut main lepas sahaja ludah mereka sedangkan kita atau orang lain berada di hadapan. Marilah kita hindari perbuatan ini dan sentiasa menerapkan dalam diri anak-anak kelahiran kita agar sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan perkara buruk ini. Meludah di tempat yang sesuai dan jauh dari orang lain adalah tindakan yang sangat baik serta menyedapkan pandangan kita terhadap insan itu. Amalkan gaya hidup sihat dikhalayak ramai dengan tidak meludah  dan bersin secara sembarangan.

3. Perlakuan menguap tanpa menutup mulut.


Boleh kah menutup tangan ketika menguap? Mudah saja dengan menutup mulut menggunakan tangan apabila menguap. Lebih elok jika ada sapu tangan, gunakan sapu tangan menutup mulut anda jika hendak menguap. Perbuatan menguap di khalayak ramai adalah sangat tidak bagus kelihatannya. Andai bersin pun kena tutup mulut, kerana mengelak cairan terkena ke arah orang lain. Kasihan orang yang terkena liur atau kahak apabila terbersin dan sengaja tidak menutup mulut. Kesimpulannya menguap lah dengan aman dengan menutup mulut serta bersinlah dengan menutup mulut anda menggunakan sapu tangan. Biasakan membawa sapu tangan ketika anda membuat perjalanan di mana juga arah tujuan. 

3 Perkara perlu dihindarkan, begitu mudah kita lakukannya. Terima kasih kerana membaca dan marilah menjadi salah seorang dari masyarakat yang beradab sopan sebagaimana ajaran agama yang kita anuti masing-masing. ETUZA.KLIK SINI

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Maaf ada ejaan salah ya...Sorry

    BalasPadam
  2. Jika ketemu situasi seperti ini, sakitnya hati, nak2 pula tandas tak banyak, perut pula meragam, stress weyhhhhh

    BalasPadam
  3. Masih berlaku keadaan tandas awam tak dibersihkan ...agaknya lupa, kebetulan pekerja di randas rehat, tiba giliran kita yang terkena..hadui..tulah Umi..apapun panduan hidup saja..

    BalasPadam
  4. GV setuju semua di atas Mr Etuza. Kebersihan adalah segala-galanya. huhu.

    BalasPadam
  5. Terbaik! :D

    51 IDEA DESIGN KABINET TV PILIHAN RAMAI
    IDEA DESIGN TV KABINET PILIHAN RAMAI

    BalasPadam
  6. Terbaik! :D

    51 IDEA DESIGN KABINET TV PILIHAN RAMAI
    IDEA DESIGN TV KABINET PILIHAN RAMAI

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.