Raikan Cinta Di Kundasang, Ranau

Raikan Cinta Di Kundasang, Ranau

Pengantin yang raikan cinta di Kundasang, Ranau.
Asalamualaikum & Salam Satu Malaysia.

Pengisian blog kali ini ialah paparan beberapa gambar perkahwinan atau persandingan anak buah Etuza iaitu Rashid Zulkifle iaitu anak kepada Kakak sulung Etuza pada 14hb Oktober 2017 bersamaan hari sabtu minggu ini.

Pengantin perempuan berasal dari Kundasang, Ranau bertemu jodoh dengan anak buah Etuza yang merupakan anak kedua kakak Etuza. Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana majlis mereka meriah dan lancar. Walau sesekali angin di Kundasang bertiup kencang tetapi kemeriahan majlis ini tetap dirasakan. Etuza hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah atas perkahwinan mereka ini dan mendoakan semoga mereka berdua bahagian hingga ke Jannah.

Seawal pagi pada har ini iaitu hari Sabtu, kami bertolak ke Kundasang Ranau. Etuza suami isteri dan tiga anak menuju ke Ranau. Alhamdulillah dengan rahmatNya kami sampai dan menginap di Haisah Homestay. Pn. Haisah memiliki restoran serta pada atas restoran ada Homestay dengan harga yang berpatutan. Terima kasih kerana memberi layanan yang baik dan pastinya Etuza amat bersyukur kerana diberi olehNya tempat tinggal di Kundasang, Ranau ini.






Memang ramai yang datang ke majlis persandingan Rahsid dan isterinya. Bertema kan warna cantik dan lembut pink menambah keserian majlis mereka ini. Keluarga yang jauh dan dekat datang meraikan cinta mereka. Semoga mereka bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang solleh dan solleha.Akhir kata jumpa lagi di lain cerita Etuza, esok ronda-ronda Kundasang, Ranau. Selamat malam semua.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.