Pilih Jaket Sendiri Nampak Cantik Dipakai

Pilih Jaket Sendiri Nampak Cantik Dipakai

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

tersenyum gembira bersiaran di Desa Cattle

Cerita percutian kami di Kundasang Ranau, Sabah belum berakhir lagi nampaknya. Sudah beberapa paparan catatan di wall blog Etuza menyatakan dan mempamerkan gambar-gambar indah si Gunung Kinabalu. Arh! sebenarnya ada daya tarikan yang Etuza nampak dari tiap gambar kami di Kundasang, Ranau dalam folder komputer Etuza. Lalu ada cetusan idea yang segar di minda untuk dizahirkan dalam blog ini.

 Jaket merah menjadi pilihan hatinya. Tengok smart pula ..

Baiklah hendak kongsi perubahan diri pada anak bongsu Etuza yang bertudung hitam dan jaket merah itu lah dia. Masa dekat kedai jual baju jaket di Pekan Kundasang, sibuknya kami mencari jaket yang disukai. Adik Etuza lebih dahulu memberikan jaket kepada ibu kami. Lalu kami semua sekeluarga ke kedai menjual jaket tersebut. Banyak jaket bersangkut, akhirnya semua sudah memilih dan bayar di kaunter. Peniaga itu orang  Dusun, dengan itu komunikasi amat lancar sekali tanpa masalah.Dapatlah juga harga diskaunt.Syukur.

Sudah bayar semua, rupanya anak bongsu Etuza masih mencari jaket untuk di pakai ke Desa Cattle. Cuaca masa itu sejuk gila menyengat hingga ke tulang sum-sum. Sentuh air bagaikan ais batu. Etuza pilihkan dia, ibu pilihkan di, kakak dan abang dia pilihkan juga. Semua yang kami suka dia tolak pula, katanya bukan ini, banyak kali lah dia cakap " Bukan Ini". Bermaksud dia tidak suka jaket yang kami pilihkan untuk dia.

Senyum gembira berbaju merah  kemas dipandang. Patutlah dia suka..Dia yang pilih sendiri.

Akhirnya dia nampak jaket merah yang agak tebal lembut bagai baldu. Berkapas di dalamnya. Etuza sekali lihat " Buruknya" tidak sesuai merah itu untuk si bongsu. ( Aliya nama panggilan ) tetap mahukan yang jaket merah tersebut. Ibu kata " Bagus juga jaket ini untuk Aliya", dia suka biarkan lah dia pilih sendiri. Tegas juga si bongsu kami ini, sebab tetap mahu jaket merah walaupun sudah dengar komen kami semua. Dia tetap mahu jaket merah. Akhirnya ibu ke kaunter dan urus pembayaran harga jaket tersebut. Dapat jaket  dia pakai terus dan betul-betul sesuai dengan saiz badannya.

Makan aiskrim perasa susu lembu..tengok ja humm!! memang sedap
Etuza tak makan sejuk sangat. Tengok anak2 makan aiskrim dah kenyang.

Pemanduan kini bermula ke Desa Cattle. Macam tidak sabar sampai ke sana, kerana menurut sumber hanya pada awal pagi Gunung Kinabalu amat jelas kelihatan kerana tidak berembun tebal atau kabus tebal. Jika sudah petang hari Gunung Kinabalu besar kemungkinan tidak kelihatan langsung.Rugi ke sini jika tidak berpeluang melihat Gunung Kinabalu.

Semasa di Desa Cattle, baru Etuza dan ibu tersedar rupanya jaket yang di pilih Aliya sangat sesuai dipakainya. Nampak smart dan kemas kelihatan dirinya. Patutlah tidak berganjak mahukan jaket merah yang Etuza anggap buruk pada awalnya. Itulah serba sedikit perubahan diri si bongsu kami, dalam usia dia kini mulai memilih pakaian sendiri dan berbagai alat lain yang dia suka. Bukan lagi seperti dahulu semua ibu dan Etuza yang memilih untuk dia.Ha dah baca klik SINI penting informasi untuk anda.Jumpa lagi. Mahu rezeki usah malu klik dan klik perkataan SINI.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. terasa bahagia bila menghabiskan masa bersama anak2..

    BalasPadam
  2. Kebiasaan anak bongsu lebih tegas dalam membuat keputusan. Cantik juga jaket merah, menyerlah dalam gambar

    BalasPadam
  3. Biarkandia pilih apa yg mereka mahu...cikgu etuza..yg penting mereka bahagia....dan gembira

    BalasPadam
  4. Dia dah Tau Mana yg terbaik utk digayakan tu, menuju satu lagi tahap kematangan nampaknya tu.

    Wah, bestnya ramai2 meninjau keindahan Gunung kinabalu. Bilalah agaknya saya sekeluarga boleh smp ke sana?

    BalasPadam
  5. Pandai Aliya pilih pakaian. Bestnye pergi desa cattle

    BalasPadam
  6. Wahhhh bestnya...saya pernah samapi sana tapi masa tu tutup...mampu tengok lembu gemuk tu ajelah...haha..suka tgk tempat tu...cantik

    BalasPadam
  7. Dah besar Nur Aliya Adibah, lama cikgu tak letak gambarnya ke dalam blog @ saya jarang2 ke mari?

    BalasPadam
  8. tahun 6 dah Aliya Umi..terima kasih masih datang memberi semangat agar sentiasa berblog..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.