Perkenalkan Sahabatku Sejati Di Dunia Dan Di Akhirat

Perkenalkan Sahabatku Sejati Di Dunia Dan Di Akhirat

Perkenalkan Sahabatku  Sejati Di Dunia Dan Di Akhirat

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Gamabr anak lelaki keempat dan anak perempuan kedua ketika 

di Kundasang Ranau, Sabah.

Bertemu lagi di udara maya yang sesungguhnya ada keseronokan yang tersendiri. Ada kegahirahan yang hanya pencinta infor sahaja yang mampu merungkainya.

Perkenalkan Sahabatku  Sejati Di Dunia Dan Di Akhirat inilah tema pada artikal Etuza kali ini. Sebenarnya hendak perkenalkan kepada anda anak lelaki Etuza yang ke empat. Anak perempuan yang ke dua selalu masuk blog. Tetapi sejak berusia 14 tahun anak lelaki ke empat Etuza ini seakan malas dan segan hendak bergambar. Sampai tahap memujuk dia tetap tidak mahu dan menjauhkan diri atau masuk bilik jika di dalam rumah. Alamak apa jadi dengan dia kan.

2017 ini anak ni berusia 15 tahun. Tinggi dari ayahnya , badan pun besar gen dia ikut mana Etuza tidak tahu. Cuma alhamdulilah syukur kepada Allah diberi anugerah hebat berupa anak-anak yang sihat dan sempurna fizikal sifat mereka.
Tiba-tiba dapat juga tangkap gambar anak ini di percutian kami sebagai hadiah kepadanya selepas menduduki PT3 baru-baru ini. Ada sedikit berubah cara dia melayan ayahnya bila Etuza hadapkan kamera ke arah dia. Nama dia Ibnu Mustaqim merupakan anak lelaki ke empat Etuza, sebenarnya agak malu memperlihatkan wajahnya kerana ada sedikit jerewat dekat muka. Kesian juga nampak tetapi itu proses remaja bagi lelaki apa kan daya. Untuk pembaca blog Etuza diabadikan lagi gambar lain sebagai hiasan blog ini.


Untuk pengetahuan anda semua, gambar ikon atau imej pada header blog Etuza ini sebenarnya mempamerkan wajah anak keempat Etuza ketika dia berusia 6 tahun. Subahanallah comel dan montel membuatkan semua abang dan kakak dia begitu menyayangi Ibnu Mustaqim. Kini sudah besar dan semakin meniti remaja sebagaimana abang-abang dan kakaknya. Anak-anak bagi Etuza tidak kira lelaki dan perempuan adalah sahabat bagi Etuza di Dunia dan di Akhirat. Sakit mereka maka sakitlah Etuza, mereka bahagia maka bahagialah Etuza dan mama. Semoga anak-anak Etuza beroleh kejayaan di masa hadapan dengan dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah. semoga juga anak-anak teman blogger lain sihat sejahtera dan berjaya di Dunia dan di Akhirat.

Ke mana ibu dia nak pergi dia mahu ikut sama..
jadilah mereka bagaikan Sahabat Sejati..
bahagianya tengok mereka ni. Alhamdulilah..
 
 Bersama anak ke 3 dan kedua anak perempuan Etuza
 di Desa Cattle Kundasang Ranau, Sabah
Ha nilah live anak lelaki  ke empat Etuza..Ibnu Mustaqim..
Ada ke iras Etuza ...Gurau saja ya...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

WAALAIKUMUSSALAM. ALHAMDULILLAH

Sejuk mata memandang anak abang... Moga sihat selalu mereka dan berjaya dunia akhirat...

Anak lelaki tuan tu boleh membesar lagi. Dia pun baru 15 tahun.baru 15 thun dah tinggi macam tu. Alhamdulillah dia sihat.

alhamdulillah, anak-anak dah besar...semoga Allah perlihara mereka semua..

Bila anak2 membesar, mereka dah jadi kawan, boleh bersembang2kan..

Dah besar anak etuza. Mama Dan ayah diorg awet muda laa

Jamil ..terima kasih alhamdulilah.
Blogger Adam..alhamdulilah ..semoga kita semua sihat walafiat

Blogger Noor Azlan..alhamdulilah..syukur ke hadratNya

wahh dah besar ye semuanya.. cntik2!

Lambang keluarga bahagia

Ahli keluarga adalah sahabat sejati yg tidak ternilai harganya

Alhamdulillah terima kasih ya Angah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (465) Ucapan (461) Agama (421) Berita (395) Dunia Blog (349) Doa (332) Promosi. (332) Info Lelaki (301) Tips Blog (278) Pengalaman (255) Anak (245) Pendidikan (228) Nasihat (223) Kasih sayang (213) Rasa Bahagia (189) Berita Keningau (188) Hadiah (168) Pelancongan (151) Alam Semulajadi (135) Gambar (131) Ekonomi (118) Sejarah (115) Segmen (112) Keluarga (109) Blog (84) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (48) Resipi (43) Nilai Moral (39) Cari Makan (38) Budaya (35) Percutian (35) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Haiwan (27) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (18) Makanan (17) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Anak Buah (4) Grafik (4) Restoran (4) Tazkirah (4) Jantung (3) Pertunangan (3) Takziah (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger