Kambing & Lembu Di Lembah Gunung Kinabalu

Kambing & Lembu Di Lembah Gunung Kinabalu

Anak kambing putih yang menghiburkan di Desa Cattle
 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Anak kambing yang baru lahir dan anak-amak lembu yang baru lahir selain pekerja di Dairy Farm Desa Cattleyang ramah adalah sebuah ladang indah yang mengusahakan lembu tenusu sangat menarik perhatian pelancong untuk berkunjung di kandang anak-anak kambing & lembu. Menariknya haiwan ini ialah mempunyai bulu yang menarik iaitu berbulu putih dan gebu. Selain amat jinak serta mudah memakan rumput apabila dihulurkan.

Pada Etuza disinilah adanya hubungan tiga makhluk yang Allah ciptakan. Kita yakni manusia yang ada akal kena INGAT BAHAWA TIGA HIDUPAN ITU KINI BERINTERAKSI ANTARA SATU SAMA LAIN. Rumput sebagai tumbuhan menjadi keperluan kambing dan lembu, manusia memelihara lembu dan kambing untuk mendapatkan susu dan daging untuk di makan. Selain itu haiwan itu dijadikan sebagai daya penarik kepada ramai pelancong untuk mendekatinya, membelai anak kambing dan lembu sebenarnya ada nikmat yang luar biasa. Terjalin dua perasaan antara haiwan dan manusia yang saling memerlukan. Lahir rasa kasih dan sayang. Begitulah kehebatan kuasaNya. Subahanallah.

Kepada anda cuti sekolah di bulan Disember 2017 tidak lama lagi, maka buat lah perancangan bercuti di Sabah dan jangan lupa singgah di Kundasanga, Ranau nanti. Pasti berbaloi percutian anda dan anak-anak tersayang.

 Selain anak kambing ada   juga anak lembu yang baru lahir
Tetamu dapat melihat dengan dekat anak2 lembu yang corak kulit menarik.
serta memakan rumput apabila di hulur.
Lembu New Zealand di Desa Cattle Kundasang Ranau.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Menariknya.. Ciptaan Allah itu pasti ada manfaatnya.. Subhanallah..

    BalasPadam
  2. Terbaik bumi sabah....saya tak pernah pergi sabah ...teringin nak ke sana

    BalasPadam
  3. seronok....kalau anak2 mmg suka bila nampak haiwan...

    BalasPadam
  4. Syok tengok lembu yang kulit tompok hitam putih ni...dah macam lembu orang putih ya!

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi berpeluang ke Kundasang, teringin sangat nak ke sana

    BalasPadam
  6. Betul2 mcm kat new Zealand laa.. kambing dia ramah je nampak tu

    BalasPadam
  7. Saya ingatkan haiwan peliharaan cikgu? 😀

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.