Dekat Tapi Jauh Sebenarnya. Satu Tanda KebesaranNya Di Sabah.

Dekat Tapi Jauh Sebenarnya. Satu Tanda KebesaranNya Di Sabah.

Gunung Kinabalu itu bagaikan dekat kala dipandang tetapi sebenarnya jauh..

Salam Sejahtera.

Cuba perhatikan gambar Gunung Kinabalu yang tersergam indah di balik gambar-gambar kenangan kami ketika melawat di Desa Cattle Kundasang, Ranau. Kelihatan kita pandang dan lihat bagaikan dekat sahaja. Boleh rasanya berjalan ke kaki Gunung Kinabalu itu dengan berjalan dengan masa singkat. Tetapi tekaan kita sebenarnya salah. Betul bagaikan dekat tetapi Gunung Kinabalu itu jauh sebenarnya. Cuma apabila kita berada di Kundasang, Ranau kita berada di lembah Gunung Kinabalu ini. Boleh saja berjalan meredah hutan ke arah Gunung Kinabalu itu tetapi percayalah ianya memakan masa yang sangat lama. Bermakna Gunung Kinabalu itu dekat tetapi sebenarnya jauh sangat.

Ketika arah mata kita melihat Gunung Kinabalu itu, ada rasa getaran di hati yang menakjubkan. Perasaan gerun dan sangat kagum dengan kuasa Allah mencipta Gunung Kinabalu yang menjadi satu tanda atau satu lambang kebesaran di Sabah Negeri di bawah bayu. Gunung Kinabalu yang indah sekali menjadi tatapan tiap insan pengunjung ke tempat yang benar-benar indah ini. Saujana kehijauan terhampar, udara segar, angin bertiup lembut dan kadangkala bayu itu menghembus membelai diri kita. Terasa udara dingin membelit kemudian rasa sejuk yang amat damai terasa.Nun di sana kelihatan sekelompok pula lembu yang bercorak putih dan hitam menjadi penarik para pelancong, meragut rumput, duduk berehat di lembah Gunung Kinabalu.Hebatnya kuasaMu ya Allah.Terpancar zatMu pada wajah indah Gunung Kinabalu ini.

Abadikan gambar bersama Izzat Fadhli  & Via anak  adik Etuza..

Suatu masa dahulu, sebelum kejadian gempa bumi Gunung Kinabalu ini kelihatan hijau, biru dan pada puncaknya terpacak tanda tandus tirus panjang sebagai satu tanda penanda aras pada tahap ketinggian Gunung Kinabalu ini. tetapi kini puncak paling tinggi itu telah patah, jatuh pecah berderai apabila Gunung Kinabalu ini bergegar disebabkan oleh keadaan gempa bumi secara semulajadi. Selain membunuh beberapa pelawat dan si Malim Gunung yang kebetula masa itu mendaki Gunung Kinabalu.Kejadian itu berlaku pada tahun 2015. Kini keadaan Gunung Kinabalu seperti yang kita lihat. Puncak paling tinggi kini telah tiada. Jika anda hendak kaji cuba google keadaan wajah Gunung Kinabalu pada masa dahulu dan bezakan. InshaAllah andai ada masa Etuza akan buat paparan gambar Gunung Kinabalu dahulu dan kini.

Bergambar di sebalik keindahan GK yang indah ..


Bergambar bersama ibu Etuza ..berjeket hijau..
Kesan rekahan atau pecahan batu-batu pada Gunung Kinabalu jika kita lihat amat jelas pada gambar Gunung Kinabalu itu. Itulah kesan pecahan pada kejadian gegaran di Sabah tahun 2015. Bentuk muka bumi di Sabah sememangnya diketahui umum bahawa keadaan berbukit bukau. Banyak tempat bergunung ganang. Ini lah satu kehebatan Bumi Sabah, kaya dengan gunung yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Jika perjalanan anda ke Keningau kita akan disajikan dengan keadaan gunung ganang yang amat panjang dan luas. Gunung ganang yang kita lihat itu di namakan sebagai Banjaran Croker. Baik lah cerita Etuza sudah berakhir, hanya satu hendak pesan jika melihat Gunung Kinabalu yang dekat tapi jauh pada gambar ini, lafazkan zikir memujiNya iaitu SUBAHANALLAH ( ALLAH MAHA BESAR & SUCI )

Suasana di depan bangunan Desa Cattle..pengeluar susu segar lembu terbaik di Sabah.Di dalamnya belum cerita, sesak lagi sukar nak cepat jika nak membeli
susu segar Desa cattle.Hebatnya..

Sekeluarga..dah minum susu segar, dah makan aiskrim perasa susu lembu..
rehat2 di sini..kena gambar lah pula..Anda jemputlah datang ke Sabah di bawah bayu
pasti teruja..

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. subhanallah.. Memang cantik sungguh ciptaan Allah..

    BalasPadam
  2. salah satu tempat sya nak pi. kundasang sabah

    BalasPadam
  3. ntah bila nak p tgok GK..nak naik seriau..penakut gak el ni..yelah betul tu kita tengok mcm kecil je..tp bila dah mendaki bagi org yang x biasa tu mmg jauhhhhhhhh nak smpai puncak kan..done follow jugak

    BalasPadam
  4. Memang jauh GK tu..nak naik ke puncak m=berhari2 ya..jemput ke Sabah

    BalasPadam
  5. Cantiknya gunung Kinabalu. Tali utk ke puncak Tu mmg penuh cabaran

    BalasPadam
  6. Kami belum lepas lagi ke Sabah,, entah bila boleh jejak kaki ke sini. Kena masuk ke dalam list ni.

    Haluan kini hanya ke Sarawak sementara anakanda masih di sana.

    BalasPadam
  7. Gunung kinabalu memang cantik. Nampak macam mudah didaki, hakikatnya tinggi. Alfatihah untuk mangsa gempa 2015. Semoga gunung ciptaan Allah ini sentiasa dipelihara-Nya

    BalasPadam
  8. SubhanAllah, cantinya permandangan GK insyAllah 1 hari nanti akan kesana juga

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.