Bersama Dua Putera Tersayang

Bersama  Dua Putera Tersayang


Asalamualaikum semua.

Perkenalkan inilah dua putera Etuza. Anak lelaki kedua dan anak lelaki ketiga, sudah remaja nampaknya mereka berdua ini. Wajah usah ceritalah mirip Etuza ke menurut anda. Gurau saja ya.Mereka berdua sempat ikut Etuza ke Kota Kinabalu, Sabah pada 03hb Sept lalu semasa ke UMS mendaftarkan kakak mereka masuk UMS ambilan 2017.

Apabila bersiaran jauh terasa memang tidak sah jika tidak mengambil atau merakam gambar kenangan kala bersama mereka ini. Jarang dapat berjalan jauh kerana mereka berdua masih belajar. Selalunya tidak ikut berjalan jauh atau melawat ke tempat dituju dengan alasan hendak study. Tapi alasan kukuh sebenarnya mereka malas nak berjalan jauh hahaha kedapatan.


Masa zaman kanak-kanak dahulu memang riuh dibuatnya suasana rumah oleh dua putera Etuza ini. Sering berebut mainan terutama kereta mainan, baju nak sama warna. Rindu juga ingat telatah mereka berdua masa kanak-kanak. Dalam blog ini ada cerita Etuza hal mereka dan kini mereka meniti remaja. Macam mimpi rasanya. Tengok depan mata tinggi dari Etuza. Alamak bapa dah jadi rendah, anak-anak semakin membesar begitulah hendaknya. Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah kerana memberikan kesihatan kepada anak-anak dan kesempatan bersama mereka  serta memberikan kebahagiaan kepada mereka. Terima kasih ya Allah ya Rahman ya Rahim.Hebatnya kuasaMu. Semoga anak-anak menuju kejayaan membentuk masa depan ke arah Redha Allah di Dunia danb di Akhirat. 

Bergambar dengan siapa tu dalam gambar..
ni di Center Point Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar di Center Point KK Sabah

Pose istemewa kah tu ?

Menunggu juadah makan malam di Center Point KK Sabah.

Ha menunggu kakak daftar dari jam 9.00 pagi 
selesai hampir jam 2.00 petang..

Gambar dekat Likas KK Sabah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. wah....apa pun ayahnya tetap muda sentiasa.....tak tahu yang mana satu anak... :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Blogger Saf..masih sudi datang membaca cerita di blog ni..sangat menghargainya

    BalasPadam
  3. Bila diamati, iras mereka banyak ikut mama

    BalasPadam
  4. WAH HENSEM PUTERA2 ETUZA YG DH REMAJA

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. dah besar2 dan hensem semuanya :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.