Awal Pagi Di Kundasang, Ranau

 Awal Pagi Di Kundasang, Ranau

Bergambar depan Restoran Shah Adila. di tepi jalan menuju ke Kota Kinabalu

Asalamualaikum semua..hai rindu berborak-borak dengan anda semua hari ini.

Baiklah kali ini hendak bercerita tentang situasi percutian family Etuza di Kundasang, Ranau sekitar dua hari di sana. Tidak menyangka cuaca di Kundasang pada 14hb Okt 2017 hujan sepanjang masa dan angin kuat serta sejuk yang amat sangat. Pegang air bagaikan pegang ais. Sejuknya ..lebih sejuk dari cuaca di Jepun ketika Etuza visit Jepun hari itu.Etuza dan family ke Kundasang bertujuan hadir majlis kahwin anak buah dan bercuti ambil kesempatan bersiar-siar di tempat menarik di Kundasang, Ranau.

Kami semua mengambil serta memilih Homestay Haisah agak berada di bukit untuk menginap. Selesa juga di Homestay ini, pada ruang bawah ada restoran dan orang-orang Ranau ni ramah tamah sekali maklumlah kami dari suku kaum Dusun yang sama. Berbual dalam bahasa Kadazan Dusun, kemesraan  terasa sekali.Sebelum ke cerita Etuza dalam paparan ini, elok klik lagi artikal berada di Kundasang ini. Klik ETUZA.                                                                                                                                                                                                 
Cerita awal pagi cari makan untuk sarapan pagi di Kundasang, Etuza dapat mesej bahawa Restoran Shah Adila dekat Kinasaraban sedap menu-menu makanan. Humm!! cepat-cepat kami bertolak ke arah restoran tersebut. Hendak tengok pemandangan sebab restoran tepi jalan saja pasti cantik pemandangannya / View Kundasang semua akur memang sangat indah.

Rupa-rupanya sampai di Restoran Shah Adila itu sudah ditempah pelancong dari dua buah bas pelancongan. Alamak! frut sekali. Tengok Restoran Shah Adila memang cantik ruang dan bersih sekali. Sambil makan begitu nampaklah view di hadapan. Kundasang di lembah Bayu Gunung Kinabalu. Bestnya. Tapi tidak tercapai hasrat itu. Apabila diberitahu bahawa semua kerusi dan meja makan di restoran ini telah habis ditempah. Dengan sedih baliklah ke Pekan Kundasang kawasan center Kundasang. Di sana saja ada harapan hendak bersarapan awal pagi.Adoi..kuat angin lah pula mendengus, sesekali macam terangkat kaki. Hujan renyai pula tu. Akhirnya dapatlah makan sarapan pagi di restoran kecil yang cantik di Pekan Kundasang, Ranau.Tengok lah gambar kami ya, tapi TUNGGU!! Etuza rasa hendak cerita hal cuaca pula di Kundasang pada paparan akan datang. Datang baca tau!!..

 Masuk di Restoran Pekan Kundasang kawasan center Pekan Kundasang
Special menu untuk sarapan pagi..layanan pun bagus, maklumlah orang  Suku Dusun

 Restoran ni kecil tetapi penyediaan menu untuk sarapan pagi memang
terbaik, layanan baik dan cepat sampai hidangan yang di minta..

Team family adik saya, mereka seramai 7 orang turut bersarapan
di restoran yang sama dengan family Etuza..

Nampak macam berada di Korea ..hahaha..riuh para pelancong
di Kundasang cari jaket ...banyak untung lah penjual jaket..
tak putus-putus terima duit..tengok berapa orang dalam gambar..
jumlah itulah jaket yang kami beli..mujur murah ...

Ambil kesempatan bergambar bersama 2 orang pelancong dari Sarawak.
Orang Sarawak rupanya...datang bercuti di Kundasang Ranau..

Nak cari Homestay ..tengok ja baner kat atas ..cuba cal, harap
dapat bilik kosong..cepat2 cal hahaha gitulah adat melancong kan..kena cari
tempat berteduh 




Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. wah...bestnya...saya belum pernah lagi pergi Sabah =)

    BalasPadam
  2. sabah alami musim hujan dan sejuk. kita yang duduk kota kinabalu ni pun terasa sejuk sampai hari ni, apatalah lagi atas kundasang :)

    BalasPadam
  3. Menarik tempatnya.. Ala.. ala New Zealand..

    BalasPadam
  4. Salah satu tempat yg mama nak sangat pergi.. bilalah baru dpt jejak ni

    BalasPadam
  5. Rindunya kundasang. Semoga dapat sampai dengan keluarga pulak ke sini. Tapi nak bawak jaket awal2 lah.hehe

    BalasPadam
  6. Seronoknya Kundasang, nak ke sana juga lah. Kena penuhkan tabung ayam dulu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.