3 & 4 Sept 2017 Mendaftar Di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

3 & 4 Sept 2017 Mendaftar Di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Suasana Mendaftar Di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.


3hb Sept 2017 dan 4hb Sept 2017 merupakan tarikh sangat penting dalam memori hidup kami sekeluarga. Tarikh ini adalah tarikh di mana anak perempuan Etuza mendaftar kemasukan sesi 2017 dan 2018 di Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu. Dan UMS ini merupakan gedung ilmu atau sebuah Menara Gading yang sangat menjadi idaman semua lapisan masyarakat Sabah serta di negeri-negeri lain. Lokasi UMS yang terletak di sebuah tempat yang sangat indah dan sangat luas, menjadi daya tarikan untuk pelajar memasuki Universiti ini.

Seawal 3hb Sept kebetulan ada hari Sabtu. Kami sekeluarga seramai 6 orang bertolak ke Kota Kinabalu dari jam 9.00 pagi dan sampai di Kota Kinabalu pada jam 11.00 pagi melalui Jalan Kimanis Keningau ke Kota Kinabalu, Sabah. Kami seperti biasa menginap di Hotel Tabung Haji. Penginapan yang nampaknya menjadi kegemaran kami apabila banyak urusan di Kota Kinabalu, Sabah.Terima kasih Hotel Tabung Haji yang kini bertaraf antarabangsa.



Setibanya di UMS pada 4hb Sept 2017 jam 9 pagi, seperti yang dijangka jammed bukan kepalang. Dari pelusuk Sabah semua datang menghantar anak tersayang masing-masing mendaftar di UMS mengikut bidang kursus atau pengajian yang ditawarkan. 

Bercakap hal pendaftaran, kami disambut dengan mesra oleh kakitangan yang bertugas dari parking hinggalah di asrama Kolej Kediaman E.Teringat Etuza ketika mendaftar pengajian Etuza sekitar 2002. Pendaftaran dalam sebuah dewan sahaja. Tetapi mendaftar 2017 banyak perubahan yang amat berbeza. Semakin canggih dan kuasa teknologi membantu melancarkan pendaftaran. Keadaan begitu sesek suasana sekitar Paskasiswaza amat-amat sesak dengan jangkaan 4000 lebih pelajar baru UMS mendaftar.

Mendaftar Asrama & Dapatkan Kunci Bilik. Sesak Juga Di Dewan Makan Ini

Diringkaskan cerita, selesai juga proses mendaftar anak Etuza. Alhamdulilah tarik nafas lega. Dan distenasi akhir ialah menghantar anak ke Asrama Perempuan Kolej Kediaman E Aras A3. Sesak lagi laman asrama tetapi ibubapa di larang keras membantu anak masuk ke asrama. Kerana ada sedia pelajar senior yang membantu menganggkat bagasi dan beg yang lain. 

Kepada anak Etuza, tahnia dan syabas memasuki UMS idamannya selama ini. Belajarlah dengan ceria dan gembira bersama kawan-kawan lain. Menurut anak Etuza dia terdiri dari 4 orang dalam bilik di asrama iaitu dari tempat berbeza. Seorang dari Kelantan, Sarawak, dari Ranau Sabah danb anak Etuza dari Daerah Keningau, Sabah. Semoga mereka berjaya mencapai cita-cita dan mendapat hidayah serta kerahmatan dari Allah. Aamiin.









Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

1 ulasan

Tahniah tapi anak cikgu yang mana satu?

Alhamdulillah dapat dekat, kali ni UA terpisah dengan anak merentasi laut cina selatan..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (213) Kasih sayang (197) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger