Gaji Kakitangan Awam Bulan Jun 2017

Gaji Kakitangan Awam Bulan Jun 2017

Pinjam dari  Google Kata-Kata Motivasi

Masyarakat Malaysia di bulan Mei dan Jun akhirnya mendapat jawaban tentang persoalan berapakah sebenarnya BONUS sempena raya tahun ini dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada penjawat awam. Baca kenyataan ringkas di bawah ini untuk maklumat mengenai bayaran BONUS Hari Raya kepada kakitangan awam 2017.
SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.Klik SINI untuk infor lanjut.

Marilah ucapkan syukur atas keraian itu, walaupun tidak seperti yang diharapkan tetapi cukup memberikan kita perasaan gembira. Rezeki yang ada wajib disyukuri. Elakkan merungut kerana nanti keberkatan rezeki itu hilang.

RM500 kadang kala kita tidak nampak sangat apa kita beli dengan wang sejumlah itu. Terserah lah kita sendiri dengan sebijak-bijaknya manfaatkan di hari persediaan hari raya atau digunakan ketika di bulan Ramadhan. 

Untuk lebih sedap kata orang Etuza selitkan jadual gaji kakitangan awam bulan Jun 2017. Nampaknya berada betul-betul di tengah anggka bulan. Kepada rakan kakitangan awam, marilah bersama-sama mengurus kewangan dengan bijak. Kerana bijak merancang kewangan maka masa depan akan gemilang. Selamat berjimat cermat.Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan Kareem.



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Semoga wang tambahan dimanfaatkan sebaik baiknya ...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah bagi penjawat awam..

    Untuk sektor swasta..

    Tak tahulah nak cakap apa..

    Hehehe

    BalasPadam
  3. Huhuu mama swasta so xdpt la nak merasa

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tetapi sudah banyak tahun RM 500 saja kan...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.