Updated Sabahan Bloggers ( Di Bawah Bayu Kami Bersatu )

Updated Sabahan Bloggers ( Di Bawah Bayu Kami Bersatu )

Klik SINI dah update team Komuniti Sabahan Bloggers.

Perkenalkan diri Etuza salah seorang blogger pinggiran dari Sabah Bawah Bayu. Ramai yang telah kenal Etuza menerusi paparan Blog Pesona Etuza Warna- Warna Kehidupan yang sedang terpapar di depan anda ketika ini. Berasal dari Tambunan, Sabah tetapi kini sudah menatap di Keningau, Sabah dan telah berkeluarga. Kerjaya sebagai seorang kakitangan mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Daerah Keningau, Sabah. 

Sejujurnya Etuza ketika mulai pembabitan dalam Dunia Seni Blog, Etuza begitu teruja sangat tertarik melihat paparan artikal dan berbagai gambar kenangan dalam blog. Blog satu wadah atau satu item dimana anda akan dapat menyimpan berbagai cerita dalam hidup anda. Apa sahaja dikongsikan yang penting tidak meletakkan baur memecah belahkan keharmonian dalam bernegara khasnya di Malaysia negara kita yang berdaulat.

 Gambar Profile Blog Etuza ( Gambar 2005 ) 
Di awal pembabitan pada Ogos 1998 dalam berblog, Etuza begitu tercari-cari peserta blogger dari Sabah dan blogger dari Keningau sendiri. Hummm! nampaknya hanya beberapa sahaja yang Etuza kenali seperti Blogger Ain, Blogger pemilik All About Love ( Blogger ini ada Etuza jumpa di Daerah Ranau) serta blogger Carl Patrik dari Daerah Sook,Keningau. Bloggers lain yang Etuza kenali adalah blogger dari tanah seberang. Mereka semuanya baik-baik belaka, suka membantu dan amat peramah seperti Blogger UMI, Blogger Kamsiah, Blogger Warisan Petani, Blogger ALIMAZ dan ramai lagi blogger yang cukup terbaik.

Apabila begitu lama mencari dan ingin mengenali blogger Sabahan tetapi tidak juga berkembang maka Etuza buat satu segmen pencarian bloglist Sabahan. Hum!! tidak juga ramai yang muncul. Risau juga Etuza kerana di mana kah orang bijak pandai di Sabah. Apapun mereka yang bijak pandai itu sebenarnya ada di Sabah, ramai sekali tetapi mereka ambil langkah tidak bergiat dalam dunia blog.

 Gambar 2005 juga abadikan buat anda rakan blogger Sabah.
Bestnya ramai blogger Sabah kini Etuza mulai kenali.

2017 bulan Mei ketika ini, rupanya hasrat Etuza ingin mengenali Sabahan Bloggers tidak berkubur lagi, tetapi terurai semula apabila membaca paparan blog dan komen Blogger Asha Lee dari Sabah. Katanya Etuza tak nak ke join Komuniti Sabahan Bloggers?. Siapa tak nak dek...kena join. Dan pada hari ini sahlah Etuza daftar dalam team Komuniti Sabahan Bloggers. Mana tahu banyak hikmah mengeratkan siraturahim sesama bloggers yang dala kepala ada sahaja entri atau ilmu yang ingin dikongsikan kepadapa masyarakat di luar sana. Kita harap dalam penulisan di blog ada ilmu lah ya. 

Logo Blogger Sabah.Ini Etuza buat
khas untuk semua tatapan keluarga dan sesiapa sahaja.
Muka pun sebiji orang Sabahan kan..hehehe
Sebagai seorang penggiat blog, marilah bersama meneruskan kerjaya sampingan ini. Ada bloggers yang mendapat income banyak menerusi blog dia, apabila bloggers tersebut wangkan blog menggunakan khidmat ADSEN. Bagi kita yang kurang mahir dalam hal tersebut tidak apa, pasti ada kebaikan blog kita, asal tidak lari dari landasan undang-undang cyber. Teruskan berblog.InshaAllah. Baiklah lihat gambar lain di bawah ini. 


Bangga sekali menjadi orang Sabah. Di Bawah Bayu Kita Bersatu.

Terima kasih kepada Blogger yang mengilhamkan Komuniti Sabahan Bloggers. Lega nampak logo yang unik itu serta gembira dapat ramai kawan blogger dari Sabah. Syukur sekali.

Gambar kenangan ketika di Osaka Jepun 2014 Sempat borak dengan
pemuda Jepang di depan Etuza. Malaysia duduk semeja dengan orang Jepun.

Satu kelebihan dunia blog ialah kita dapat mencatat atau menceritakan banyak perkara. Asal tidak terlalu berjela maka cantiklah paparan di blog anda. Berbanding FB yang lebih kepada gambar-gambar dan catatan sedikit. Apapun kedua-dua laluan sosial maya ini ada kelebihan masing-masing. Jujur Etuza katakan lebih gemar menulius di blog.


Gambar 2015. Hello jangan malu-malu ..bagi lah komen
di blog Etuza. Boleh juga panggil saya Uncle Etuza.
Tidak apa memang sesuai panggilan ini  bagi bloggers yang muda belia.
Blogger Otai yang seumur call me Etuza ja ya.

Baiklah sebelum undur diri seketika Etuza meminta sesuatu dari team Komuniti Sabahan Bloggers. Iaitu FOLLOW ruang Followers di blog Etuza dan Follow juga Google Plus juga dalam blog ini. Dari masa ke semasa Etuza ada waktu akan FOLLOW blog kawan-kawan dari Sabah.Kedua sudilah komen tiap entri Etuza. Sepatah pun jika itu yang ikhlas dah terbaik bagi Etuza.Terima kasih.

Salam Hormat.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Nampaknya sepi dari kunjungan bloggers Sabah ni..sedihnya..tak apa lah aganya sibuk kan. Yak ada komen bloggers Sabah ni tau

    BalasPadam
  2. hi bro.
    eh xtau pun blogger sabah?
    suda masuk grup wasap?
    or website sabahan blogger.
    btw, nnti dtg blog eca klik ja banner tu.

    BalasPadam
  3. baru tau Etuza pun dari Sabah. hehe. btw, salam dari Sabahan blogger ya.

    BalasPadam
  4. Pastinya saya bukan blogger Sabah.. ^_^

    BalasPadam
  5. Atukoi otai blogger ni cikgu.. Saya baru saja dalam dunia blog ni.. tahun 2013 mungkin saya start itu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.