SMK Agama Mohamad Ali Ranau, Sabah

SMK Agama Mohamad Ali Ranau, Sabah

SMK Agama Mohamad Ali Ranau, Sabah 

Rasa hendak tunaikan niat paparan tentang SMK.Agama, Mohamad Ali Ranau, Sabah malam ini. Awal malam sebenarnya rancangan untuk mulakan projek penulisan di blog tersayang ini, tetapi apakan daya minat juga Etuza menonton rancangan Gema Gegar Vaganza yang berkonsepkan hiburan dakwah. Sedap halwa telinga mendengar alun merdu suara hebat seperti Azmi tu.

Sudah menonton mulailah projek menulis di blog, walau mata sudah terasa berpinar-pinar. Allah hu akhbar, line pula meragam. Ada sahaja halangan namun kena gigih berusaha, hendak juga terbitkan artikal ini. Nampaknya line tidak menyebelahi Etuza. Tidak power harap dapat siapkan juga artikal ini.

Bergambar di hadapan arah pintu masuk ke SMK Agama
Mohammad Ali Ranau, Sabah

Inilah sekolah menengah anak-anak Etuza belajar dari anak pertama, kedua, ketiga dan keempat. Iaitu di SMK Agama Mohammad Ali , Ranau, Sabah. Sebuah sekolah yang memang jauh dari Daerah Keningau tempat tinggal Etuza. Jauh tempat ini, sekolah yang tersergam indah di atas bukit. Corak bangunan yang agak unik dan amat sesuai sebagai sekolah aliran agama. Terima kasih kepada warga guru kerana sedia menerima kehadiran anak-anak saya di sekolah ini.

Pandangan Hadapan Sebelum Ke Pejabat Am Sekolah ini.
Nampak Rumah Pengetua Nun Di Sana.Nampak Tak!

Niat hantar anak-anak sekolah ke sini adalah dengan niat agar anak-anak Etuza dapat merasai rutin hidup sebagai orang Islam yang tahu nanti menjaga solatnya, cara hidup Islam yang sentiasa harmoni mengenal kasih sayang dan dapat membentuk jati diri sendiri. Dapat amalkan situasi lebih berdikari dan mentaati didikan asuhan para guru agamanya. Etuza sedar tidak mampu memberi didikan agama dengan lebih mendalam kerana diri ini juga sesungguhnya perlukan bimbingan ke arah pegangan agama ini. Alhamdulilah anak-anak dapat menerima niat ayah mereka untuk bersekolah di sekolah pilihan utama Etuza.

Gambar Surau Yang Cantik Di SMK Agama Ranau, Sabah.

Kadangkala ada angin menerpa, yakni adakala masalah melanda, masalah disiplin anak-anak pelajar dan ada kala melibatkan anak Etuza. Inilah keadaannya bila digelar manusia yang lemah dan tidak sempurna. Ya Allah kami faham kami diuji agar lebih mendekatkan diri dengan Mu selalu. Pengaruh rakan sebaya tidak lari cuba mengganggu emosi anak-anak, sesiapa sahaja terdedah dengan situasi ini. Mahu tidak mahu  anak-anak kena berdepan dengan situasi itu dan diri anak itu sendiri sepatutnya kuat mengelak dari terjebak perbuatan yang tidak baik.

Alhamdulilah kini sekolah Agama di Daerah Keningau  telah siap dan beransur lah Etuza memindahkan anak-anak ke SMK Agama, Keningau yang juga dibina di atas bukit yang sangat indah. InshaAllah di lain masa ada kesempatan Etuza buat catatan sekolah agama di Daerah Keningau pula.

Anak ke tiga bergambar bersama ibu selepas 
berurusan di Pejabat sekolah ini.

Abadikan kenangan di meja yang unik
Meja diperbuat dari simen yang sangat kreatif
Inilah antara meja pelajar di luar bilik darjah.
Terbayang anak-anak Etuza juga pernah menggunakan 
meja ini untuk berdiskusi..

Banyak peristiwa dilalui oleh anak-anak Etuza disepanjang mereka bersekolah di sini, selain rapat dan mengenali ramai guru-guru yang baik hati. Selain itu Etuza dalam PIBG sekolah ini turut hadir dalam beberapa program PIBGU seperti mesyuarat PIBG dan Majlis Hari Bertemu Pelanggan. Projek gotong royong juga pernah Etuza hadir di sekolah ini. Dan apa yang terbaik sekali apabila Etuza ke sekolah ini ialah Etuza akan dapat melihat keindahan Gunung Kinabalu kala pagi yang sangat menakjubkan. Nampak amat jelas dan berkilat dengan pancaran cahaya matahari di kala pagi apabila tiada embun menutupinya. hebat kan.Begitulah sedikit kenangan anak-anak dan Etuza sendiri di SMK Agama Mohamad Ali, Ranau Sabah ini.

Apakah tumbuhan ini? ha pegaga dijadikan rumput 
tutup ruangan tepi laluan ini. Cantik...kreatif nya...
Longkang ha bersih kan


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

jgn risau tuan etuza, walaupun blog tuan tiada di bloglist saya, tetapi saya tetap akan berkunjung ke sini. maaf cuma tiada kesempatan untuk edit bloglist di blog saya.

Mungkin tahun depan,, Aliyapun belajar di sini juga..

Oh ya, anak cikgu no. 3 mohon spa 8 dapat tak?

ya tak apa ..anytime datanglah visit blog Sabah kan..hehehe

cantik sekali sekolsh anaknyaa..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger