Orang Terengganu Di Desa Dairy Farm Kundasang, Ranau

Orang Terengganu Di Desa Dairy Farm Kundasang, Ranau

Kesempatan datang di Desa Dairy Farm Kundasang, Ranau, Sabah pasti kita banyak kali rakam gambar untuk kenangan kita. Rugi tidak ambil gambar kenangan kerana bukan selalu berkunjung ke tempat menarik. Jika ada masa senggang boleh lah imbas kenangan sejarah yang mampu juga menjadikan kita ceria dan tersenyum.

Ketika di Dairy Farm Ranau tempoh hari ada juga beberapa gambar Etuza di folder dalam komputer Etuza. Jadi album kenangan untuk tatapan seisi keluarga. Nampak lah beberapa kenangan yang terasa hendak kongsi dengan anda. Manalah tahu anda akan tertarik ke Sabah ya.Terlebih - lebih lagi masa sekolah cuti  dua minggu yang sudah bermula minggu ini.

Sesak juga tau menuju ke Desa Dairy Farm ini. Tengok saja keadaan 
dalam gambar.

Nampak ada seorang mamat duduk 
agak lama lah dia duduk menung ke perdu pagar tu..

 Perbualan antara Etuza dan Mamat yang duduk termenung seorang atas pagar 

Etuza : Hello! tak masuk sekali ke dalam Desa Dairy Farm ?
Mamat : Tidak apa, saya duduk saja nak lihat pemandangan, lagi pun agak sejuk saja di sini.
Etuza: Selalu ke ke sini ?
Mamat : Ada selalu juga, sebab saya tinggal di sekitar sini saja. Saja ambil angin tengok pemandangan sini.
Etuza : Oh..begitu. Ok ..boleh tak ambil gambar kami  depan pintu gerbang Desa Dairy Farm.
Mamat : ( hanya anggukkan kepala )
Etuza: Terima kasih ya. Kami beredar dahulu, lagipun dah tak sesak.

Itulah sedikit kata bual Etuza dengan Mamat ini. Etuza merasa pelik juga seketika, kenapa begitu jauh renungannya itu. Terserah lah janji kita baik dengan semua orang. Lagi pun tidak salah bertegur sapa bukan menganggupun. Ada juga Etuza di tegur mama dan anak gadis Etuza, tentang perbuatan Etuza ganggu Mamat yang sedang duduk termenung seorang itu. Elok saja...hehehe..

Full Parking lah pula..kena parking di atas.
Kemudian jalan kaki ke bawah menuju ke bangunan..

Batu di ukir seolah-olah seekor lembu jenis New Zealand

Bila parking full, semua pelawat hari ini petang hari itu kena lah berjalan secara perlahan-lahan menuruni anak bukit menuju ke bangunan atau ke dataran berdekatan pintu masuk ke ladang lembu di Desa Dairy Farm.Alamak agak penat lah, tetapi inilah kesempatan meninjau sekitar Desa ini dan mengambil beberapa gambar. Tengok saja beberapa gambar yang terzahir dalam wall blog Etuza ini. Mohon maaf Etuza bukan jurugambar terbaik, gambar biasa sahaja.

Ha tengok bangunan nun di sana..ramainya orang
Pelbagai suku bangsa. Orang Terengganu pun ada kami jumpa.

 Etuza perhatikan pelawat ke sini punyalah ramai. Ada dari luar negara Mat Salleh pun ramai ke sini. Orang seberang di Tanah Semenanjung, dari pelusuk Sabah juga ada Etuza lihat. Orang Cina, India dan Orang Melayu ramainya ke sini pada masa kami ke Desa Dairy Farm. Seronok kan.


Tengok dataran terbuka..pengumuman sedang berkumandang
masa ini. Ada peluang minum susu segar ..elok kan ke sini menjadi sihat.

Ha anak beranak ke sini tengok lembu-lembu berbagai corak menarik.
Di dominasi oleh lembu bercorak Putih Hitam..ala-ala di New Zealand

Ha tengok tul2 dua orang Ganu ni ( Orang Terangganu )

Tengok lah betapa beraninya Etuza ini. Niat ikhlas tegur menegur kan amalan yang baik. Tidak menegur kita tidak tahu demo orang mana kan. Ha dua orang itu dari Terengganu. Mereka baik dan senyum ja dengan Etuza. Etuza lalu datang mendekati dan bersalaman. Ha apa lagi ambil gambar sekalian. Mereka ini satu bas sebenarnya ke sini. Tetapi kaum karabat mereka yang perempuan dan anak-anak mereka ke satu tempat. Dua orang ini ambil kesempatan melihat lembu-lembu yang tidak ada perasaan itu. Sebab kami datang lembu-lembu tu tak tengokpun kami. Langsung lah tak ada perasaan. Hehehe..


Ini ruangan dataran, pelawat boleh masuk ke dalam dewan tersebut.
Boleh beli pelbagai bentuk hadiah kepada keluarga atau
beli susu segar barang sebotol atau aktiviti berehat dibolehkan.

 Menariknya di ruangan dataran ini, akan ada masa tertentu pelawat disajikan dengan susu segar orignal fresh susu segar lembu di sini. Bestnya kan..ha anda apa lagi datanglah ke sini.


Nampak tak SUSU SEGAR TANAH TINGGI..
hummm!! segar sekali lah sebab dahaga juga jalan jauh2 

Abadikan gambar ala-ala candid Selfi dari anak gadis Etuza.
Orang muda ni biasa kreatif nak ambil gambar. Etuza main klik ja
asal ada imej dah cukup.

Selamat melawat ke Sabah. Asalamualaikum.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. lama x pi kundasang...abg etuza da suruh dorang update url abg masuk dalam blog sabahn.. nntikan update ya. hihihihi

    BalasPadam
  2. SUKANYALAH KALAU DPT KE SINI LIHAT LMBU YG DITERNAKDITEMPAT YG CNTIK

    BalasPadam
  3. Minta maaf ya ada salah ejaan..

    BalasPadam
  4. Peramahnya Cikgu Etuza..

    Itu baru jumpa orang Ganu, gamaknya jk org Phg ketemu, gimana gamaknya ya? ~_^

    BalasPadam
  5. Cantiknya pemandangan di atas, terasa dipanggil2 untuk ke sana..

    BalasPadam
  6. Wahh bestnya Cikgu..satu hari nanti lya on nak bawak anak2.pergi sana jugak..

    BalasPadam
  7. Huhuu wishlist mama ni. Bila la baru dpt gi sana

    BalasPadam
  8. Odoi gea kopio.. saya anak sabah tapi tidak pernah pigi sana hoho..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.