Memartabatkan Budaya Turun Temurun Di Daerah Keningau

Memartabatkan Budaya Turun Temurun Di Daerah Keningau

Asalamualaikum..rindunya mentarikan jari di laman pena ini. Apa khabar semua rakan pembaca blog Etuza ini, semoga sihat sejahtera semua . Bagi yang kurang sihat itu segeralah ke klinik atau ke hospital di daerah anda ya.

Baiklah, kali ini paparan yang istemewa khasnya masyarakat Sabah dan pastinya paparan ini lebih istemewa kepada masyarakat di Daerah Keningau. Kenangan ini Etuza abadikan pada 25 April 2017 bertempat di Dewan SJKC Yuk Yin dalam Majlis Gemilang Pertandingan Hiis( Bersyair berirama) Bahasa Kadazan Dusun Peringkat Daerah Keningau. 

Memang menarik situasi dan persembahan Hiis dari peserta Sekolah Rendah dan juga peserta dari Sekolah Menengah. Masing-masing dengan peralatan,pakaian, daya kreatif serta cara persembahan yang nampak saling berbeza tetapi sangat menarik. Melihat persembahan mereka di pentas terasa terimbau zaman kanak-kanak bermain air di sawah padi. Teruja juga masa ini.

Sebenarnya masyarakat Kadazan Dusun kaya dengan budaya yang unik, genarasi masa kini harus mempelajari budaya itu selain memartabatkan Bahasa Ibunda orang Sabah. Kitalah genarasi pendidik perlu sekali menyokong usaha KPM menyerapkan pelajaran baru Bahasa Kadazan Dusun di sekolah di Sabah. Terima kasih kita ucapkan kepada KPM kerana memberi peluang terbaik ini kepada orang-orang Sabah.

Kepada anda semua Etuza hendak menyatakan bahawa keputusan pertandingan Hiis peringkat Daerah Keningau setelah diadili keputusannya ialah:-

Kategori Sekolah Rendah Johan SK. Magatang, naib Johan SK. Minawo dan Ketiga SRJK SFX Keningau. Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan AJK Pengendali Majlis ini. Baiklah mari kita tengok gambar-gambar kenangan  di bawah ini.

Banner Majlis Pertandingan Hiss Peringkat Daerah Keningau, Sabah.

Tarian Sumazau Menyambut Ketibaan Pegawai Perasmi Dari Ranau, Sabah
Jandi Sitiamah Hj Sahat

Pn. Tini Ismail dari PPD Keningau menyampaikan cenderahati 
kepada Pegawai Perasmi.

Juara Hiis Sekolah Menengah SMK Keningau.

Ucapan Perasmian

Juara Hiis Sekolah rendah SK.Magatang, Keningau

Naib Juara Hiss SK. Minawo, Keningau, Sabah

Juara Hiis Sekolah Menagah SMK Keningau, Sabah

Etuza dan AJK lain ambil peluang bergambar.

Etuza dan guru baru dari SMK Gunsanad, Keningau.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. TAHNIAH KPD PEMENANG JUARA HISS KENINGAU

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum Cikgu Etuza..apa kgabar..
    Tahniah kepada pemenang...

    BalasPadam
  3. Kalau bukan kita siapa lagi kan cikgu etuza :)

    BalasPadam
  4. Tahniah kpd pemenang..

    Cantik pakaian tradisi sana

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.