Majlis Sukan Sekolah Kali Ke 13 Sederhana Tetapi Meriah

Majlis Sukan Sekolah Kali Ke 13 Sederhana Tetapi Meriah

Asalamualaikum Salam Sejahtera
Paparan kali ini adalah berkisar tentang Majlis Sukan Sekolah SK. Penagatan Kali Ke 13 2017. Meriahnya kerana diadakan di Padang Kampung Penagatan Ulu. Ramai orang kampung hadir menyaksikan MSS Kali Ke 13 ini.

Majlis sukan ini telah di rasmikan oleh Tuan Muda En. Athur Tan Sri Joseph Kurup  Merangkap Timbalan Presiden PBRS. Kehadirannya dinantikan seawal jam 8.00 pagi kerana jangkaan perasmian pada jam 10 pagi. Pengerusi MSS ini adalah Guru Besar SK>.Penagatan En. Mohd Asrin Halim dan dikendalikan bersama Penolong Kanan Kokum Pn. Masrinah Mohammad.

Empat pasukan beradu tenaga dan stamina dalam sukan ini iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning , Rumah Biru dan Rumah Hijau. Julung-julung kalinya Pasukan Rumah Kuning atau Seladang menjuarai sukan kali ini. Diikuti Rumah Sukan Biru, Merah dan tempat keempat Rumah Sukan Hijau.

Olahragawati di sandang oleh adik Ivy Exzory Clay Heldy dan olahragawan ialah adik Mchumpry Marcellus. Syabas dan tahniah kepada  semua warga sekolah dan para atlet juga PIBG sekolah kerana memberikan kerjasama sepanjang pengurusan MSS kali ke 13 ini. Melihat perjalanan MSS kali ke 13 ini dilaksanakan secara sederhana tetapi meriah dengan tepuk sorak warga sekolah dan warga kampung semua. Akhir sekali "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Ucapan Perasmian Oleh Tuan Athur Joseph Kurup

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada pegawai perasmi
MSS kali ke 13 2017


Upacara bacaan ikrar oleh Exory Heldy
Baju Kuning MacHumpry Marcellus Olahragawan MSS Kali Ke 13
dan Baju Biru Exzory Heldy Olahragawati MSS Kali Ke 13
SK.Penagatan 2017
Mascot Rumah Sukan Merah Juara Perbarisan MSS ke 13 2017

Mascot Rumah Sukan Biru

Mascot Rumah Sukan Hijau 

Mascot Rumah Sukan Kuning

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah!! bestnya bersukan..
    Duduk dalam rumah warna masing-masing..
    Bermain bersama kawan-kawan..

    BalasPadam
  2. Seronok mereka bersukan, tahniah kpd pemenang

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.