Kembara Bisra UPSR 2017

Kembara Bisra UPSR 2017

Kembara BISRA UPSR peringkat sekolah dan Zon Pegalan Keningau berlangsung selama sehari pada 20 April 2017 yang lalu. Program ini dikelolakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Keningau dan dijalankan di semua zon berdasarkan takwim  setiap zon.

Program ini mensasarkan setiap sekolah di Zon Pegalan harus bersedia sedari awal menerima kehadiran rombongan yang terdiri dari  sepuluh Guru Besar, semua Penolong Kanan 1 di setiap  sekolah di Zon Pegalan. Mereka akan bergerak serentak ke setiap sekolah dengan susunan program seperti di mulakan dengan doa. motivasi, ucapan Pengerusi Program, Ikrar UPSR oleh calon UPSR dan akhir sekali tandatangan calon UPSR 2017 serta acara bergambar.

Menyambut Kehadiran Semua Rombongan
Kembara Bisra UPSR 2017
Ucapan berbentuk motivasi UPSR 2017 telah di sampaikan oleh Puan Nurbaya merupakan Guru Besar di SK.Pekan 2 Keningau. Ucapan berbentuk motivasi dan penyuntik semangat tekun belajar dan berdikari telah disampaikan. Semoga semua calon UPSR 2017 di sekolah Etuza dapat memahami mesej dalam ucapan tersebut.

Guru Besar Sekolah Etuza tersenyum
bangga dengan persediaan warga sekolah menyambut rombongan
Kembara BISRA UPSR 2017

Aku janji atau ikrar telah diketuai oleh ketua murid iaitu Adik Juyen Juani. Doa pula telah disampaikan oleh Ustaz Azhan Bin Salleh ( Guru Pelatih dari IPGM Kampus Keningau). Barisan guru tahun enam 2017 juga duduk bersama yang terdiri dari En. Dominic Gasan ( BM ) Pn. Juina Unggi ( BM ) Pn. Noratiqah Abdullah ( Matematik ) Pn. Suzana Abas ( Matematik ) Cik. Aloisia Cristianus ( BI ) Pn. Jenny Leong ( BI ) Pn. Mariah Gudiman ( Sains ) dan Ustaz Norisam Othman ( PAI ) Syabas kepada semua pengendali program peringkat sekolah.

Ikral Aku Janji UPSR calon UPSR sekolah 2017

Upacara Tandatangan Calon UPSR 2017 SK.Penagatan, Keningau.
Cikgu Dominic Gasan sedang memerhati 

Semua rombongan duduk di atas pentas Dewan Terbuka
SK.Penagatan, Keningau.

Oleh-oleh yang luar biasa
Ucapan Terima Kasih

Menghulur salam tanda menghargai tetamu yang diundang.
Kehadiran mereka amat bermakna.

Acara bergambar bersama calon UPSR 2017 dan semua rombongan Kembara Bisra

Peperiksaan UPSR 2017 lebih menekankan kemahiran KBAT pelajar dalam menjawab soalan dalam 6 mata pelajaran. Berdasarkan KSSR maka cabaran baru kepada calon UPSR lagi mencabar apabila markah pencapaian murid dalam KOKURIKULUM diambil kira dalam menentukan kecemerlangan murid.Selain itu 6 mata pelajaran akan menentukan keputusan UPSR murid iaitu Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman, Matematik Kertas1& 2, Bahasa Inggeris Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Kertas Sains 1 & 2. Calon UPSR 2017 harus berjuang sebaik-baiknya kerana keputusan UPSR juga akan menentukan sekolah pilihan murid, di mana pelajar yang cemerlang UPSR akan ditempatkan di sekolah menengah yang terbaik nanti seperti di Sekolah Menengah Sains atau di Sekolah Berasrama Penuh di Negeri sendiri mahupun ke  Negeri lain sebagai usaha pendidikan menerapkan integrasi perpaduan kaum sejak di sekolah lagi. Etuza mendoakan semoga calon UPSR sekolah Etuza mendapat kejayaan terbaik nanti setelah keputusan UPSR diumumkan pada November 2017.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Good luck buat adik2 yang bakal menduduki upsr 2017..

    BalasPadam
  2. Aamin aamin .. semoga anak2 UPSR akan mendapat keputusan cemerlang .. Insyaallah ..

    BalasPadam
  3. linojac-na Jessica Nunez download
    comphopsiti

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.