Kami Juara Tahun 2017
Tahun lalu hanya mendapat tempat ketiga terbaik pertandingan perbarisan sempena MSS peringkat sekolah. Johan telah disandang oleh Rumah Sukan Biru pada tahun 2016. Lain pula cerita tahun 2017, pertandingan lintas hormat atau acara perbarisan telah di juarai oleh Rumah Sukan Merah. Gembiranya peserta perbarisan Rumah Sukan Merah kerana menjadi JOHAN kali ini dengan mendapat hamper besar dan sijil penyertaan. Syabas dan tahniah kepada pasukan Rumah Sukan Merah. Tempat kedua Rumah Sukan Biru, Ketiga Rumah Sukan Hijau dan Keempat Rumah Sukan Kuning.
Maka acara perbarisan berlangsung Etuza tidak berada di lokasi kerana ada urusan yang perlu diselesaikan pada masa itu. Sebab itu hanya ini sahaja gambar yang sempat Etuza abadikan. Gambar candid di mana murid kelihatan seperti tidak bersedia digambar.
Kepada guru-guru pasukan Rumah Merah, untuk wakil perbarisan ke MSSS Zon 2017 pasti akan ada tenaga baru berkolaborasi melatih peserta perbarisan nanti seperti tahun lalu. Oleh itu bersama kita menggalas tugas dan tanggungjawab ini. Sebagai infor tambahan kejuaraan Rumah Sukan Merah dalam pertandingan perbarisan Maskot ( Amril Rian ) Komandan ( Kenny Faisal ) Pemegang papan tanda ( Haikal & Hazeqah ) Pemegang Jalur Gemilang ( Haire Hezri ) Pemegang bendera pasukan merah ( Suhaimi Ghani ) Baiklah mari kita tengok gambar-ganbar kenangan Rumah Sukan Merah pada 25hb Mei 2017.
Barisan Peserta dan Guru Penasihat Rumah Merah
Motto : Rumah Merah Pasti Juara
Pasukan Rumah Merah bersama 7 guru penasihat
Peserta Rumah Sukan Merah Ketika Di Kem Rumah Merah 2017
Ini dia mascot Rumah Merah..
Sesi mendengar ucapan perasmian oleh Tuan Athur Joseph Kurup
Papan Tanda Rumah Merah simple saja
KAMI JUARA PERBARISAN M,SS 2017
7 Ulasan
Juara kami tahun ni ..selalunya tak juara..lucu
BalasPadamTahniah rumah merah! siapa sangka simple yang menang.comelnya minnie mouse tuh..hehe.
BalasPadamWahhhh tahniah rumah merah..
BalasPadamtahniah Rumah Merah...
BalasPadamTahniah rumah merah.
BalasPadamcongrats, rumah merah! keep it up!
BalasPadamhttp://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/hockers-life-bro.html bw here
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.