Desa Dairy Farm Di Kundasang Ranau

Desa Dairy Farm Di Kundasang Ranau
Asalamualaikum Warga Maya
Gambar Di Pintu Gerbang Sebelum
Ke Dalam Desa Dairy Farm

Memang menarik tempat ini, walaupun selalu ke Daerah Ranau dan apa lagi ke Kundasang, Ranau. Selalu datang bersiar-siar ketika anak-anak masih kecil beberapa tahun yang lalu. Tetapi tidak pula sampai ke tempat yang menarik ini.
Tempat salah satu tumpuan para pelancong yang datang ke Kundasang Ranau, Sabah. Inilah tempatnya Desa Cattle tempat ladang lembu ternakan yang bagaikan situasinya di New Zealand. 

Ambil kenangan dekat batu ni..besar dan 
dicat seperti corak kulit lembu.Hitam dan putih.

Menuju ke arah ini, sebenarnya agak mencabar apabila menggunakan kenderaan yang akak kecil, sebabnya tempat ini berada di puncak bukit. Jalan menuju ke arah ini agak kecil lorong jalan dan ada masa jalan curam dan ada masanya jalan bukit tinggi. Namun kena lah memandu dengan penuh hati-hati. Apabila sampai di pintu gerbang Desa Cattle ini, kita akan merasakan satu nikmat pemandangan yang luar biasa. Saujana pemandangan yang sangat luas dan mendamaikan jiwa. Patutlah ramai orang hendak ke sini. Terjawab semua persoalan.

Tengok lah gambar seolah-olah seperti di luar Negara
di sebalik tempat ini ada pokok-pokok yang menarik.

Baiklah tunjuk dengan anda apa destinasi lain ke sini. Hendak melihat lagi dekat lembu-lembu tenusu. Terhidu sesuatu yang kita faham tetapi itu tidak mejejaskan hasrat bersiaran ke sini. Malah ramai pelancong kelihatan hendak mendekati pula dengan lembu-lembu yang sama warnanya itu. Langsung tidak merasa jijik dengan haruman yang sesekali mengganggu ruang deria hidu. Hahaha..layan saja tempat ini memang sah menarik gila.

Desa Cattle ini ada menawarkan masa bersidang di tempat yang dikhaskan. Tetamu atau semua pelancong di beri minum susu segar yang amat sedap dan original. Dapat lah membasahkan tekak. Walaupun sejuk tetapi terasa dahaga juga kerana berjalan jauh dan mengelilingi kawasan indah ini.

Inilah lembu-lembu yang berbulu menarik ini
Sebab itulah nama tempat ini di gelar Desa Dairy Farm.
Lembu-lembu pun sporting sangat..sebab sudah lali 
apabila ramai tetamu asyik ambil gambar lembu-lembu itu.

Banyak sekali lembu sebegini rupa..
tak jemu mata memandang..
Tak percaya anda sila lah datang ke sini ya...

Satu pemandangan di lembah bukit..
Saujana rerumput hijau yang adanya lembu-lembu
begitu aman dan damai di Desa dairy Farm ini..

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Cantik pemandangannya.
    Macam kat luar negara aje.

    BalasPadam
  2. Rombongan anak ke Sabah tempohari pun berjalan2 ke Kundasang ni....cantek katanya.

    BalasPadam
  3. kalau ada rezeki nak gak datang sini

    BalasPadam
  4. DAIRY FARM KUNDASANG AMAT TERKENAL...

    BalasPadam
  5. Bilalah kami akan melancong ke Sabah?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.