Dapatan Etuza Antara Hikmah Bulan Ramadhan

Hikmah  Bulan Ramadhan

Kuih Tradisional Yang Tetap Menjadi Kegemaran Masyarakat
Hingga Ke Saat Ini.Sesuai dijadiakn juadah berbuka.

Sudah masuk hari ke lima kita umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ( 2017 ) yang mulia. Bulan Ramadhan meletakkan seluruh umat Islam sedunia menunaikan puasa WAJIB ini setiap tahun. Dan bulan Ramadhan sesungguhnya bulan rahmat yang sangat dinantikan oleh umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Hikmah Di Bulan Ramadhan 

Sebagai hamba Allah yang lemah dan tidak sempurna Etuza memohon maaf sekiranya catatan khas tentang Hikmah Di Bulan Ramadhan menurut sudut pandang minda saya bercanggah dengan pendapat anda dan sesiapa yang membaca entri Etuza ini. Etuza hanya menyatakan apa yang terlintas di minda apa yang Etuza rasai dan apa yang Etuza nampak apabila kita berpuasa di bulan Ramadhan pada setiap tahun. Sesungguhnya ibadah puasa memiliki banyak keutamaan, dan diantara keutamaan tersebut adalah sebahagian besar manfaat serta hikmahnya merupakan untuk diri kita sendiri.

Cara juadah dihidangkan di hotel terkemuka
Jika makanan ini di makan hanya berdua pasti pembaziran akan berlaku.


Hikmah yang paling jelas sekali ialah amalan berjimat cermat.

Kenapa hikmah amalan berjimat cermat di bulan Ramadhan ini terserlah. Sesuai dengan konsep agama Islam yang menyeru umat Islam mengamalkan amalan berjimat cermat maka di bulan Ramadhan ini lah tempat kita tanamkan dan azamkan sungguh-sungguh agar berjimat berbelanja ketika di bulan Ramadhan yang hanya sebulan sahaja kita nikmati dalam setahun. Amalan berjimat cermat itu jelas dalam beberapa perkara iaitu :-

1. Kurangkan membeli makanan dari seperti cara membeli makanan ketika bukan bulan Ramadhan.
* Beli makanan yang sesuai untuk berbuka puasa, yakni setakat kuih, kurma dan sayur-sayuran. Elakkan berlebihan kerana kita risau jika berlaku pembaziran kita juga yang merasakan nikmat berkat makanan itu kurang.

2. Memasak makanan sediri sebagai juadah berbuka bersama seisi keluarga.
* Tukar kebiasaan yang kita sekeluarga selalu membeli makanan tersedia di mana-mana supermaket atau di pasar raya. Jika ada bahan mentah di rumah masaklah sedanya kerana cara ini akan menjadikan kita telah mengamalkan sikap berjimat cermat. Cukup dengan adanya beras, sayur, ikan segar dan bahan lain untuk minuman maka cukup sempurna dan besar fadilat pahala puasa kita dengan amalan berjimat cermat ini.

3. Elakkan selalu ke Bazaar Ramadhan. ( Nasihat lebih kepada Etuza sendiri)
* Amalan kurangkan perbuatan ke bazaar Ramadan dengan kerap akan mengelakkan kita dari rambang mata memilih makanan yang ada di depan mata. Nafsu dan selera memang membuak-buak ketika kita berpuasa, sebab itu kita mahu membeli apa sahaja yang kita rasa berselera.Tetapi amalan agar sekali sekala ke bazaar Ramadhan akan menjadikan dompet kita kewangan kita akan terselamat dari dibazirkan. Pengalaman selalu ke bazaar Ramadhan menjadikan perlunya berhati-hati kerana juadah yang banyak di beli sebenarnya menjadikan meja makan kita masih ada makanan-makanan tersisa yang gagal dihabiskan. 

4. Wang dijimatkan untuk tujuan lebih penting. 
* Kebiasannya umat Islam yang diperhatikan semuanya menjurus dan tertumpau keperluan duit di bulan Ramadhan hanya untuk membeli makanan juadah berbuka dan juadah persediaan menyambut Hari Raya selepas berpuasa sebulan. Pengalaman ini cukup dirasai oleh kita semua. Tetapi dengan amalan berjimat cermat di bulan Ramadhan pasti akan memberikan kita satu pengalaman baru bahawa kewangan kita selama sebulan rupanya dapat dimanfaatkan lagi dengan kegunaan lain selain hanya digunakan untuk membeli makanan sahaja. Wajar kita lebihkan baget untuk membeli kelengkapan rumah dan sebagainya. Lebih bermakna hari lebaran kita semua.

5. Amalan berjimat cermat mengajar anak-anak agar lebih memahami konsep berpuasa di bulan Ramadhan, bukan semata-mata hanya bermewah dengan lambakan makanan atau juadah di atas meja. Amalan berjimat cermat juga mampu menjadikan kesihatan kita terjaga. Ini kerana makanan yang kita jamah hanya berkisar kepada dua atau tiga jenis makanan. Tidak seperti selalu yang ada bermacam jenis juadah di atas meja hidangan hinggakan ada umat Islam itu sendiri mengalami sakit perut seperti cerit berit dan sebagainya.

Kesimpulannya.

Berpuasa di bulan Ramadhan sesungguhnya banyak hikmahnya yang tersirat. terlalu banyak sekali jika panjang masa ruang waktu untuk kita perdebatkan dalam rauangan maya ini. Banyak sekali seperti hikmah berpuasa di bulan Ramdhan antaranya lagi ialah hubungan silraturahim dalam keluarga lebih erat dan akrab. Kasih sayang lebih terpupuk. Apatah lagi andai usaha kita berhadap dengan Allah dilipat gandakan pasti diri dan keluarga Allah rahmati dan dilimpahkan rezeki yang melimpah. Marilah berjimat di bulan Ramadhan dan elakkan amalan membazir setiap hari. Amalan berjimat cermat sangat di tuntut oleh agama Islam. Kerana amalan ini sangat berguna untuk kita di masa hadapan. Salam Ramadhan Alkarim.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Setuju dengan Etuza - kurang pergi bazar bermakna dapat menjimatkan banyak wang...

    BalasPadam
  2. Cikgu Etuza, mama masak apa untuk juadah berbuka? kongsilah resepi, mana tau teringin untuk mencuba masakan Sabah, dah buntu nak fikir menu berlainan setiap hari.

    BalasPadam
  3. Elakkan pembaziran makanan semasa berbuka.

    BalasPadam
  4. Mama mmg jarang beli kat bazar Ramadhan. Kalau nak beli pun kuih aje

    BalasPadam
  5. Asalam cikgu etuza, kuig kegemaran sy tu koci n penyaram...blh cikgu tinggalkan no fon nnt sy masukkan dlm group komuniti sabahan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah Cikgu..satu entri yamg bermanfaat utk perkongsian semua ..Tq cikgu..salam ramadhan al mubarak utk cikgu sekeluarga

    BalasPadam
  7. Terima kasih kunjungan teman bloggers...semuanya minda terbuka secara positif..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah sudah tahun kedua MV hanya masak makanan berbuka di rumah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.