Burung Bersarang Rendah Di Laman Etuza

Asalamualaikum dan bertemu semula diruangan catatan blog Etuza ini.

Lama tidak keudara maya. Dan sebenarnya bukan tidak ada langsung masa nak updated ruangan catatan blog ini, tetapi dari segi sikap malas selalunya dilayan sangat maka kuranglah interaksi di alam maya ini. Minta maaf andai ada teman-teman di luar sana yang agak menanti entri Etuza yang baru.

Baiklah inilah paparan blog Etuza kali ini. Sesuatu yang mungkin anda jarang nampak di blog blogger terkenal. Bagaimana Etuza melakar situasi ini, agak pelik juga kan bagaimana begitu jinak burung bersarang hingga dapat dijenguk dan di lihat sejak dari mula. Baiklah cuba baca catatan Etuza di bawah gambar ini.Inilah yang dikatakan BURUNG BERSARANG RENDAH DI LAMAN ETUZA.

1. Suatu hari Etuza nampak ada seekor burung sedang mencari rumput2 kering di laman Etuza, burung itu kemudian terbang sambil membawa rumput kering yang agak panjang.Kelihatan burung sepertinya sedang membuat sarang. Tetapi takkan lah depan rumah.

2. Beberapa hari kemudian tanpa disedari Etuza sudah lupa akan gelagat burung tersebut sebab tidak ada kalibat dalam beberapa hari. Tiba-tiba bila Etuza berjalan hampir dengan pintu stor rumah di luar dan depan pintu stor ada anak kolam Etuza yang Etuza tanam bunga puding rambu ramba berwarna kuning dan satu lagi puding warna warni daunnya.Terdengar burung terbang hampir langgar kepala Etuza. Begitu dekat kedengarannya.

3.Etuza lalu meninjau pada pokok bunga yang rimbun dedaunnya. Subahanallah benar lah ada sarang dan dalam sarang ada 2 biji telur kemerah-merahan. Anda boleh tengok pada gambar.Lalu Etuza niatkan hendak selamatkan telur itu hingga menetas. Tak boleh diganggu terutama kucing peliharan Etuza. Risaunya dalam hati, sarang burung begitu rendah dan terancam kedudukannya.

4. Hari demi hari menetaslah telur dua biji tersebut. Merah anak burung itu. Mulanya dua ekor, tapi sayang tiba-tiba tinggal seekor. Entah kenapa dan di mana anak burung tersebut. Tinggal seekor sering nanga kan mulut minta disuap kan.Etuza nampak ibu burung tersebut selalu membawa ulat makanan anak nya. Baca lah cerita dalam gambar.

5. Hari ini Etuza pantau anak burung sudah keluar bulu pelepah. Esok updated lagi ya gambar-gambar burung di laman. Dan petang tadi ibu burung terbang depan Etuza dan bertengek di perdu batang pokok bunga kertas dekat selangkah dari tempat Etuza berdiri. Etuza nampak pada kepala burung ini ada mahkota. Cantik sambil berbunyi dan  ibu burung bagaikan minta anaknya jangan diganggu kerana tinggal seekor.Etuza berfikir buat apalah nak ambil anak burung tersebut yang tidak bersalah dan Etuza memang niatkan biar lah burung tersebut terbang sebebasnya dan membiak hasil penjagaan tapi Etuza hingga selamat. Penyayang tak Etuza.



Begitulah cerita dalam blog Etuza kali ini. Ucapkan puji-pujian hanya kepada Allah apabila melihat sesuatu yang luar biasa.Jumpa lagi.





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. lama x bersiaran maya.
    Singgah sini baca kisah anak burung.
    Harap2 selamat yang seekor tu.

    BalasPadam
  2. kita jangan usik anak2 burung tu, kang si ibu bawa pindah ke tempat lain apabila ia merasakan tak selamat untuk anaknnya.

    BalasPadam
  3. AGAKNYA APALAH JENIS N NAMA BURUNGTU YA

    BalasPadam
  4. kat laman rumah saya pun ada 2 sarang burung atas pokok limau purut. tak pernah ambil tahu pun cuma dengar bunyinya sahaja.

    best juga dengar kicauannya... simfoni alam.

    BalasPadam
  5. Rasa-rasa burung apa ni cikgu etuza. Wodit mangkali kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. burung momporok tu SP..sudah lama terbang tu..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.