Nasi Lemak Yang Sedap Di Desa Etuza

Nasi Lemak Yang Sedap  Di Desa Etuza


Asalamualaikum semua..rindunya dengan anda semua...

Rasa baru dapat bernafas setelah dihanyuti pelbagai halangan demi halangan untuk menemui anda di laman maya menerusi blog kesayangan ini. Semoga sihat ya...Ingat kesihatan adalah no 1 dan teruskan menjaga kesihatan demi merai keredhaan Allah yang maha esa.

Gambar di atas ha itu NASI LEMAK EN. SYAMSUL  di Desa Etuza. Sudah dua kali Etuza tempah nasi lemak dari saudara Syamsul.Memang berbaloi sedap hingga menjilat jari. Pertama sekali oder nasi lemak air tangan saudara Syamsul sebagai pelengkap majlis  hari lahir anak lelaki Etuza yang ke dua. Kiranya antara juadah yang dihidangkan. Oder sikit saja ada lah sekitar 6o tapau.

Kali kedua oder masa Etuza niatkan untuk bersedekah kepada kelas anak Etuza di sekolah menangah. Seorang di kelas tingkatan 5 dan seorang tingkatan 3. Oder juga dalam kiraan 60 tapau. Memang sedap sebab kawan-kawan anak Etuza dalam kelas memuji keenakan nasi lemak saudara Syamsul ini. InshaAllah hendak oder lagi suatu masa apabila ada keperluan.Mudah lah nak beri makan kepada tetamu. Ha itulah nasi lemak yang pernah Etuza rasa kelazatan keenakan luar biasa.

Betul kah nasi lemak tu sedap!!!
Ha apa tengok-tengok.. ( anak lelaki Etuza yang ke 3 pakai topi )

Jumpa lagi ...bye

Catat Ulasan

8 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.