5 Cara Mengetahui Statistik Pengunjung Di Blog

html5


Bagi mereka yang serius tentang blogging,mengetahui statistik pengunjung di blog mereka adalah sangat penting. Kali ini kami akan berkongsi dengan anda 5 cara paling mudah untuk mengetahui statistik di blog anda.

Dibawah ini adalah 5 laman web yang menyediakan perkhidmatan "web statistic tool" untuk blog anda secara percuma.


1. Google Analytics


Google analytics mungkin adalah yang paling banyak digunakan  oleh pemilik laman web/ blogger untuk mengetahui jumlah statistik pengunjung. Google analytics bukan sahaja memberikan statistik trafik yang tepat, malah boleh mengesan lokasi, sistem operasi  dan juga jenis pelayar web yang digunakan pengunjung.


2. Histats.com


Histat.com lengkap dengan ciri ciri yang diperlukan untuk mengetahui statistik pengunjung. Histat.com menawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Tampilan dashboard yang mesra pengguna dan mudah digunakan.


3. Sitemeter.com


Sitemeter  adalah diantara salah satu penjejak trafik yang sangat popular dan banyak digunakan oleh laman web terkenal seperti lifehackers, gizmodo, kotaku dan banyak lagi.
Sitemeter terdapat dengan 2 caj perkhidmatan yang berbeza samada percuma ataupun berbayar (premium).


4.Onestatfree.com


One Stat juga menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Dengan meletakan banner one stat di blog anda, anda bukan sahaja mendapat laporan statistik pengunjung, malah dapat bersaing dengan laman web yang lain didalam carta one stat. Salah satu cara yang bagus untuk mendapatkan publisiti


5.StatCounter.com


Stat conter mimiliki antara muka yang ringkas dan kemas, mudah digunakan dan  percuma, kelemahan stat counter ialah mereka tidak memberikan statistik yang tepat seperti, keyword,  sumber trafik dan maklumat lain yang berguna.

Sekian sahaja 5 cara mengetahui statistik pengunjung di blog anda. Jika anda menjalankan perniagaan online, ini mungkin salah satu alat yang sangat berguna untuk membuat analisis seperti mengetahui target lokasi pelangan dan banyak lagi. semoga bermanfaat Selamat mencuba.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. perkongsian bermeafaat tq cikgu etuza

    BalasPadam
  2. banyak ilmu yg abam kie pelajari dari entri ini. tq

    BalasPadam
  3. Ingatkan saya jer tenggelam tanpa entri, cikgupun sama.. ~_^

    Terima kasih di atas pengkongsian ini

    BalasPadam
  4. Thanks tuan kerana berkongsi cara-cara ni.
    Pernah tahu pasal analytics tu tapi tak discover. macam susah pula nak guna. nanti boleh la try. biasanya guna yang ada dekat dashboard tu saja hehe. Saya singgah dan follow sini ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.