UTC DI Keningau Kini Beroperasi

UTC DI Keningau Kini Beroperasi

UTC Keningau
UTC Di Keningau ( Copy dari Laman Sayang Sabah )
UTC Keningau yang telah siap sepenuh pada 19 Oktober 2016 kini menempatkan sepuluh jabatan dan agensi termasuk pusat kecergasan dan premis perniagaan sepeti Majlis Daerah Keningau, Klinik 1 Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Pinjaman Sabah, Polis Diraja Malaysia, PTPTN, Pusat Kecergasan Majlis Daerah Keningau dan Rakyat Superstore Keningau. Penubuhan UTC Keningau adalah hasil usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan di mana Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman telah meluluskan pemilihan dan pengujudan UTC Keningau manakala kos pembiayaan pembinaannya adalah daripada Kerajaan Persekutuan.Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/utc-keningau-dapat-sambutan-baik-rakyat-jelata-pedalaman.
 “UTC Keningau beroperasi tujuh hari seminggu kecuali cuti umum dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Pembukaan operasi sehingga hujung minggu dan lewat malam memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan berurusan pada masa pejabat,” katanya, Hajiji menambah, UTC adalah satu usaha kerajaan yang sangat memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan berterusan. Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Ginun Yangus, Pegawai Daerah Keningau Yusof Hj. Osman, Pengarah Timbalan Ketua Pengarah JPN (Pengurusan) Hj. Zamari Mohd Ramli, Pengarah JPN Sabah Dato’ Ismail Ahmad, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah Datuk Osman Jamal, Pegawai Ekskutif Majlis Daerah Keningau Mohd Rafik Abdul Jubar Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau Dr Marsudi Manah, ketua-ketua jabatan dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau. – NewSabahTimes

Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/utc-keningau-dijangka-akan-dirasmikan-najib. Petikan catatan dari laman Sayang Sabah.

Penduduk Keningau sepatutnya bersyukur dengan pembinaan UTC yang tersergam indah dan kini telah pun beroperasi sejak 19 Nov 2016. Mudahlah hendak berurusan khasnya yang hendak memperbaharui kad pengenalan dan sebagainya.

Syabas Keningau Kini dan terima kasih kepada Kerajaan yang membina bangunan UTC ( Pusat Tranformasi Bandar ) ini khusus rakyat dari pelusuk Pedalaman Keningau.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Terima kasih bangunan UTX tersergam indah di Keningau kini..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..moga dimanfaatkan sebaik-baiknya..

    BalasPadam
  3. Manfaat untuk penduduk Sabah khususnya Keningau.

    BalasPadam
  4. Assalam.. tq sudi singgah dan komen di blog Kak Alycia...
    eh, takdelah bukan org sabah bah ;)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ..moga2 urusan lebih mudah la lepas ni

    BalasPadam
  6. Bleh ka buat passport d utc kgau?

    BalasPadam
  7. Stiap hari brpa perkhidmatan klinik 1 malaysia d kngau..utc keningau

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.