Meriahnya Hari Anugerah Kecemerlangan 2016 Sekolah Kami

Meriahnya Hari Anugerah Kecemerlangan 2016 Sekolah Kami

( Guru Besar Sekolah SK. Penagatan )

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat bercuti hari esok akan bermula era percutian sekolah yang agak panjang, yakni selama sebulan lebih. Semoga percutian kali ini lebih bermakna dalam kehidupan anda semua.

Baiklah, kali ini Admin Blog Pesona hendak paparkan kisah sedikit tentang Hari Ucapan Dan Anugerah Kecemerlangan sesi 2016 di sekolah Etuza. Wah..meriah dengan warna-warni pentas dan kehadiran ramai murid serta ibubapa. Ditambah lagi pada hari 23/11/2016 semua warga pendidikan sekolah Etuza sepakat memakai pakaian rasmi batik bercorak dan warna merah. Memang cantik kelihatannya. 

Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda PBRS Negeri Sabah N 37.Sook iaitu Encik Ramian Ayub. Banyak nasihat beliau kepada warga murid dan memberi suntikan semangat agar terus berusaha mendidik anak-anak hingga berjaya ke menara gading.

Guru  Besar sekolah juga iaitu En. Mohd Asrin Bin Halim dalam ucapannya mengharapkan lagi agar kecemerlangan ini dapat dilipatgandakan pada tahun 2017, terutamanya menambah kan lagi peningkatan kualiti peperiksaan KSSR dan UPSR. Guru Besar mengucapkan tahnian kepada semua murid tahun 6 yang lulus dengan baik KSSR dan UPSR 2016 yang telah pun diketahui.

Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang  berjaya dalam akademik juga kepada murid Prasekolah yang berjaya menamatkan pengajian tahun 2016 dan  apatah lagi kepada murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan semester 2 2016.Syabas dan tahniah.

Lihat gambar lagi warna-warni hari anugerah ini.







Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.