Tidak Akan Kembali Lagi

Tidak Akan Kembali Lagi

Debbak..
Hanya kenangan, tidak mungkin akan kembali lagi anak-anak kucing ini.Sekelip mata telah tiada, telah kembali seperti asalnya sebelum kami miliki. Tidak pernah menemui dan tidak pernah kenal akan wajah anak-anak kucing ini.

Hanya selepas dilahirkan, maka kami sempat kenali anak-anak kucing ini dalam beberapa bulan sahaja. Dari baru lahir hingga seperti dalam gambar dan keadaan anak-anak kucing ini sebenarnya cukup di sayangi oleh ibu kucing dan kami seisi keluarga. Kami bekerjasama menjaga.

Gorilla
Memang keadaan anak kucing ini sentiasa dalam kesedihan, mata seperti sentiasa sedih dan tubuh kurus tetapi unik dengan bulu halus dan panjang. Mungkin mengikut bulu ibu kucing ini iaitu Moiza yang berbulu lembut dan panjang-panjang namun bukan kucing siam jauh sekali kucing parsi. Kadang Etuza tengok tidak suka akan anak kucing ini, tetapi kala melihat dia berjalan timbul rasa belas kasihan. Sayang telah kembali dan tidak akan kembali lagi di sisi kami.

Moizz
Kelihatan seperti merenung jauh anak kucing ini. Moizz nama diberi, sangat comel dan bersuara manja sekali. Dialah penghibur dan pengubat saat penat dinihari. Selalu menjadi bahan rebutan apabila anak-anak Etuza ingin memeluk anak kucing ini. Semua mahu memeluk anak kucing ini kerana bersuara manja dan sangat memahami situasi apabila dia dibelai. Merengek kecil dan diam sahaja apabila dibelai manja. Sesekali Moizz merenung kita saat dia dibelai. Tapi sudah tiada lagi, pergi buat selamanya. Penyakit yang sukar dirawat menyebabkan Moizz mati di depan mata.Sedih juga bila anak-anak kucing satu persatu pergi.

Moiza.
Ini bukan anak kucing, tetapi kucing betina dewasa.Inilah ibu kepada anak-anak kucing dalam gambar.Telah melahirkan 5 ekor anak kucing.Dijaganya dengan penuh kasih sayang.Sayang semua anak kucing  5 ekor itu telah kembali.Tidak dapat diselamatkan. Virus menyerang begitu kuat.Kami tidak tahu atas sebab kemampuan kami sangat terhad.Hanya Allah yang lebih tahu, virus apa menyerang kucing-kucing kami.

Kini Moiza, kesepian tiada teman. Moiza asyik mengiau,sepertinya ada air mata dikelopak matanya. Selain itu keadaan Moiza juga seperti mencari pasangan hidup. Apa kan daya, semua kucing jantan telah kembali dan tidak akan kembali lagi. Begitulah realiti hidup..dunia ini pentas sandiwara, sedang akhirat sana kekal abadi.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Sedih baca n3 cikgu ni kesian moiza kehilangan anak2 kesayangannya

    BalasPadam
  2. salam cikgu etuza...

    aRz singgah sini...
    menjawab pertanyaan cikgu etuza...alhamdulillah sihat...

    seronok ada kucing dirumah...dirumah aRz ada juga kucing yang singgah...dlu cuma 2 ekor sekarang berlima...3 darinya anak kucing kecil...

    BalasPadam
  3. salam ukhwah, saya bukan kucing lover tak tau nak komen. jemput kunjung balik dan follow kami

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum...etuza,

    etuza cukup menyayangi kucing... Rasulullah saw pun suka kucing..

    mselim3

    pls: mselim3 suka .. cuma anak mselim3 ada masalah anzema.

    BalasPadam
  5. Kesiannya. Ada wabak penyakit kucing yang menyerang.
    Syukur kucing2 WP sihat2 belaka.

    BalasPadam
  6. Jangan risau tentang dunia
    Kerana itu urusan Allah
    Jangan risau tentang rezeki
    Kerana itu dari Allah
    Jangan risau tentang masa depan
    Kerana itu adalah kekuasaan Allah
    Yang harus di risaukan adalah ...
    Bagaimana mendapat Redha Allah
    Orang orang yang menjadikan Redha Allah sebagai tujuan dalam hidupnya tidak mungkin dapat di simpangkan dari jalan yang benar kerana mereka sangat yakin bahawa kenikmatan jannah yang Allah janjikan tidak dapat di kalahkan olih kenikmatan duniawi. Dari blog Kak Paridah Ishak

    BalasPadam
  7. Salam blogging.

    Jangan lupa share lgi cerita kat sini.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    BalasPadam
  8. Kesiannya takde kawan kesepian tu Cikgu,...Kena usaha cari kawan untuk dia..

    BalasPadam
  9. Subhanallah inspiratif sangat cikgu

    Jangan lupa kunjungi blog saya juga cikgu

    Http:// dzikriassaduddinblog01.blogspot.com

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.