Terasa Kehilangan

Terasa Kehilangan

Terasa Kehilangan 

Asalamualaikum semoga anda ketika ini dalam keadaan rehat yang mencukupi dan sihat sejahtera semuanya.

Terasa benar-benar kehilangan, ini perasaan kehilangan haiwan peliharaan yang dijaga bertahun berbulan atau berhari-hari. Terasa ada perasaan trouma apabila dalam sehari ada lima ekor sekali gus pergi dalam keadaan menyedihkan. Kali ini hambatan kehilangan kucing kesayangan amat terasa, bukan Etuza sahaja tetapi seisi keluarga yakni anak-anak dan isteri Etuza juga terasa amat kehilangan si manja yang berbulu gebu dan lembut di belai.

Usaha menyelamatkan telah dilakukan, berbagai cara, hantar ke Jabatan Haiwan untuk suntikan vaksin atau suntikan antibiotik, cara ubatan yang disyorkan oleh teman-teman semuanya dilakukan. Sayang tetap pergi juga, amat menyedihkan apabila melihat satu persatu pergi. Ya Allah kami diuji sebenarnya, kami telah melakukan kesilapan hingga semuanya telah pergi.Ya Allah yang tinggal beberapa ekor berilah peluang untuk kami menjaganya lagi.

Kesilapan yang menjadi punca utama kucing peliharaan  semuanya mengalami sakit muntah dan tidak berselera makan, antaranya ialah akibat kesilapan kami semua. ( Tidak perlulah diceritakan kerana Etuza sendiri agak malu menyatakannya ).

Etuza sempat bertanya teman-teman lain yang gemar memelihara kucing, rata-rata mereka menyatakan baru-baru mengalami masalah kucing mati satu persatu. Ada yang menyatakan tiga sekali mati dan ada yang menyatakan 9 ekor tinggal satu yang masih hidup, lalu kucing itu seolah-olah hilang tanpa di kesan katanya. Ya Allah ..kami mohon ampun adainya cara kami menjaga kucing kami tidak seperti yang diharapkan oleh kucing tersebut. Mohon maaf kan kami jika kami telah memberikan sisa makan yang telah kotor dan dijangkiti virus penyerang. Ya Allah kami manusia yang sangat lemah. Kami gembira melihat kucing semuanya berselera makan makanan baru selain makanan whiskers. Kami menyerahkan kepadaMu ya Allah...mohon ampunkan kami. Mohon ampun ya Allah.. 


Kini kami terasa kehilangan si manja seperti di dalam gambar. Ini saja kanangan yang ada. Telah disemadikan denga cara hormat di sepanjang tepian pagar rumah. Ya Allah terasa juga kehilangan apabila kucing yang disayangi telah mati akibat serangan virus yang dahsyat.

Bulat, tompok, si kuning, debak, snow white,momo, orio dan lain-lain kini telah bersemadi dan tidak akan kembali lagi. Mohon wahai kucing2 kami yang telah tiada, maafkan kami jika ada kami menyakiti semasa hayatmu atau kami memberimu makanan yang kotor dan ada bakteria. Kami mohon ampun ya Allah. Rasa kehilangan ini moga cepat berlalu kerana kehidupan harus diteruskan. Amalan kena teruskan dengan yang baik-baik. Semoga kami diampunkan olehNya.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Masih bersedih dengan kehilangan si manja yang gebu..pasrah dengan kematian kucing peliharaan..

Bukan mudah nak pelihara kucing, apatah lagi dlm kuantiti yg banyak. Makan dorang, berak dorang (dorang ke dekor? hehehe.. ) InshaAllah kucing2 yg mati tuh berterima kasih kpd Etuza sebab menjaga dekor selama nih.. Ajal tuh semua sudah tercatit. Lepas dari nih, jadikan apa yg berlaku pd dekor sebagai pengajaran ye.. ^_^

BIASANYA KUCING YG KITA SAYANGI CPT SAJA MENINGGALKAN KITA...SABARLAH CIKGU DH TIBA MASANYA TU.

Kesilapan lampau kita jadikan pengajaran..

Rasanya Cikgu dan keluarga telah menjaga mereka sebaiknya dan penuh kasih sayang.. jangan sesali kehilangan mereka, pastinya mereka berterima kasih di atas layanan itu

Ya Allah sedihnya Etuza.....harap bersabar...kalau kita bela mereka dengan kasih sayang pasti mereka pun sentiasa menyayangi kita..jangan sedih. Nanti mesti ada penggantinya...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (393) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (279) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (212) Kasih sayang (196) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger