Tentang Lelaki, Sejauh Mana Kebenarannya.

Tentang Lelaki, Sejauh Mana Kebenarannya.

 Tentang Lelaki, Sejauh Mana Kebenarannya.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.


Terpanggil Etuza hendak memberi tindak balas tentang kenyataan yang bertajuk YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG LELAKI. Artikal ini keluar dalam Majalah Pendidik bilangan 102 keluaran Ogos 2016. Dan berada di muka surat 82 paling akhir pages.

Sejauh mana anda menerima kenyataan ini terserah pada individu. Tetapi dalam diri Etuza apabila dikatakan secara dalam penyelidikan. Lelaki dikatakan kerap berbohong berbanding dengan perempuan sebanyak ENAM kali  berbohong dalam sehari. Mak oiii!!!. Ini dalam kajian dalam artikal ini. Lelaki di luar sana, apa kah  anda selalu berbohong dalam kehidupan anda. Jika ini benar mari kita yakni sebagai lelaki elakkan lah berbohong, ala berbohong buat apa, tidak takut dosa kah. Dalam hal ini Etuza tidak lari dari keadaan ada masa melakukan kesilapan berbohong. Cuma Etuza selalu berfikir kalau hendak berbohong Allah tidak suka perbuatan itu dan hanya mengundang masalah buruk di luar jangkaan. Dengan cara berfikir sebegitu, etuza lalu elakkan dari bercakap bohong yang tidak baik dalam kehidupan kita.


Lebih parah lagi dikatakan lelaki selalunya berbuat pembohongan terhadap pasangannya. Aduh!!! sedihnya.

Kenyataan kedua dalam artikal ini, lelaki dikatakan Mengagum Lawan Jentina. Kenyataan ini agak sedap nak baca. Sebab seelok-eloknya kita sebagai lelaki mengagumi para wanita seperti ibu kita yang melahirkan kita. Kagum dan merasakan wanita itu luar biasa yang mampu melahirkan zuriat kita. Tetapi sebegitu juga halnya dengan wanita. Mereka perlu mengagumi lelaki secara rasional, kerana lelaki ini merupakan pemimpin dan pendamping wanita dalam soal rumah tangga. Jadilah wanita suci dan solehah demi suami anda.

 Fakta ketiga tentang lelaki yang anda perlu tahu dalam artikal Majalah Pendidik ialah kenyataan bahawa pekerjaan lelaki atau lelaki memperuntukkan masa mencukur misai, janggut setiap hari. Dan kajian menyatakan bahawa lelaki rata-rata bermisai dan berjanggut. Alamak Etuza juga bermisai dan berjanggut. Usia lelaki bermisai bermula sejak berusia 15 tahun sehungga 75 tahun. Fakta yang baru Etuza ketahui dan menariknya lelaki bermisai akan menambahkan atau memperlihatkan kehebatan seorang lelaki, nampak lebih matang dan lebih menggoda. ( Jangan tergoda lah yang dah bersuami tu)
Kepada lelaki di luar sana, tampilkan diri dengan wajah kemas, misai diurus dan janggut lebih menarik. Jangan pula tampil dalam keadaan semua orang takut hendak lihat situasi wajah tak terurus dengan misai dan janggut tidak terurus.

Infor ke 4, kena baca betul-betul, iaitu barah payudara adalah salah satu penyebab kematian utama pada golongan perempuan.Namun  barah payudara juga menyebabkan kematian pada lelaki. Setiap tahun, 450 lelaki meninggal akibat barah payudara di Amerika Syarikat.Hal ini tidak banyak yang mengetahui, bahawa lelaki turut sama terancam. Risiko lelaki menjadi pesakit barah payudara bertambah selaras dengan usia.Tapi ini tidak bererti lelaki muda bebas daripada risiko.

Inilah antara informasi TENTANG LELAKI yang patut anda tahu dalam majalah pendidik keluaran 102 bulan Ogos 2016. 

Secara jujurnya sejauh mana kebenaran hal lelaki 6 kali berbohong kepada pasangannya dalam sehari, hanya anda sebagai lelaki yang mampu menjawabnya. Sebolehnya sebagai lelaki yang berani dan berpendirian hindarkan BERBOHONG tau.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

saya lelaki bermisai dan berjanggut...cuma tak berjambang :-) sesekali tengok org berjambang, terasa nak berjambang juga tetapi apa kan daya jambang x tumbuh tumbuh..hehe

SETAKAT MENGENALI LELAKI LUARAN SAJA...INSAN LELAKI KDG SUKAR JUGA DIFAHAMI HATI BUDINYA...

Betullah tuh kot. Bahaya nih. Hurm..

lelaki bukan suka berbohong. cuma suka menjaga hati orang lain :)

Lelaki suka berbohong erkkkkkkkkkkkkk??? sikit2 tu mungkin kot... jap saya selidik suami saya, ahakkkkkkk

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger