Serlahan Bunga Zinia

Serlahan Bunga Zinia
Ekkk!!! bunga tu sama lah..gambar ini dari Korea..hebat kan!!


Bunga Zinia ( Maaf jika silap eja nama dan bukan nama bunga ini) merupakan bunga jenis jangka pendek yang memiliki berbagai warna bunga. Uniknya bunga ini mempunyai daun hijau yang beralun dan tebal serta agak kasar. Tidak seperti bunga lain seperti bunga raya yang berdaun hijau tetapi daun lembut dan berkilat. Bunga zinia juga berbatang lembut tumbuh tinggi dan mudah patah kerana batang bunga bukan jenis kayu yang lasak. Sangat cantik serlahan bunganya d musim kemarau atau musim panas.


Pada ketika ini halaman rumah Etuza memang banyak tumbuh melata bunga ini. Ini disebabkan benihnya tersebar atau terpancar sana-sini sebaik benih daripada kuntum bunga ini mengering dan jatuh berguguran di tanah. Ada anak benih bunga ini tumbuh cantik dan berbunga lebat, namun terpaksa Etuza buang akibat tumbuh di tempat yang bukan sepatutnya. Beginilah bunga jangka pendek jenis zinia apabila mulai kita tanam tidak akan pernah pupus. Benih bunga ini juga telah beberapa teman Etuza meminta dan kalau di lihat Etuza telah mengumpul benih dari kuntuman kering bunga ini sebanyak satu baldi. Seandainya ada teman blogger hendak meminta boleh juga. Hehehehe....


Bila banyak bunga bermekaran dari jenis ini, si rama-rama berduyun-duyun datang menghampiri halaman. Yang kecil besar serta berbagai warna corak si rama-rama datang memeriahkan suasana halaman. Begitu asyik sekali melihat panorama keindahan serlahan bunga zinia. Syukur nikmat ini Ya Rahman Ya Rahim. Limpahkan kesejahteraan kepada kami dan mohon agar kami dijauhi dari terleka akibat keindahan bunga tetapi kami berzikir kepadaMu dengan nikmat melihat memiliki keindahan luar biasa ini. Aamiin.

 Segar di pagi hari..tapi bunga ni tak wangi ..

Kelihatan amat bertenaga bunga2 ini..berbagai warna..

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Salam singgah sini...wahhh....cantiknya bunga....warna warni lah..

    BalasPadam
  2. Subahanallah.. cantiknya.. kalau dpt bgambar tempat mcm ni bestnya..

    BalasPadam
  3. memang cantik sekali.negara lain tanam seluas lautan hehehe

    BalasPadam
  4. Salam..
    Cantiknya bunga..boleh ke postkn biji benihnya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.