Sangat Penting Mengikut Arahan Semasa Program Lawatan

Sangat Penting Mengikut Arahan Semasa Program Lawatan
Pelajar tahun 6 2016 yang mengikuti program lawatan sambil belajar..

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

6hb Oktober 2016, SK.Penagatan, Keningau seperti tahun lalu telah diberi kebenaran oleh PPD Keningau untuk menjalankan Program Lawatan Sambil Belajar di luar daerah Keningau. Distinasi lawatan kali ini ialah di Daerah Ranau, satu daerah di Sabah yang amat dikenali dengan tempat-tempat pelancongan seperti di Kundasang ( Penanaman Kubis )terbesar di Sabah.

Guru besar berpesan kepada semua peserta lawatan ke Kundasang Ranau, agar sentiasa mematuhi arahan dan nasihat serta teguran guru yang mengawasi mereka .Guru berpesan juga agar tidak sesuka hati membuat perkara yang di larang ketika dalam lawatan. Sebaliknya pelajar ambil kesempatan menikmati pelancongan dan mengenali lebih dekat keadaan di Ranau Sabah. Banyak tempat yang mereka akan lawati dalam tempoh dua hari iaitu. Penanaman kubis di Kundasang, Memorial Of War Kundasang, Desa Catle Kundasang dan lain-lain tempat. Semua peserta akan menginap di Sinurambi Homestay.

Selamat melancong kepada 23 pelajar tahun 6 SK.Penagatan dan 6 guru pengiring. Semoga selamat sampai dan kembali ke Keningau dengan selamat.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. anak saya pun baru balik dari lawatan ke kelantan dan terenganu

    BalasPadam
  2. salam , semoga dipermudah semuanya... seronok ya anaka anak pergi lawatan

    BalasPadam
  3. KUNDASANG TEMPAT MENARIK TU...BETUL TU KENA PATUH ARAHAN PENGAWAS ROMBONGAN DEMI KESELAMATAN M MNGHINDARI MSLH YG XDIINGINI.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.