Potensi Manusia Saling Berbeza

Potensi Manusia Saling Berbeza
Pernah menjadi bekas murid ketiak di sekolah rendah
nampak kini amat berbeza dari segi penampilan dan berada di UMS Sabah.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Insan yang berdiri tersenyum dalam gambar blog kali ini, merupakan seorang lelaki remaja.Pernah menjadi anak murid ketika di sekolah rendah dahulu di sekolah tempat Etuza bertugas.

Kini lelaki remaja ini berjaya memasuki Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu. Inilah dia potensi manusia ini saling berbeza antara satu sama lain. Kadangkala kita dengar Tuah Manusia Tidak Siapa Yang Tahu. Justuru itu kita yakni manusia usah terlalu cepat menilai potensi manusia terutama individu kanak-kanak.Zaman kanak-kanak juga saling berbeza, paling nyata keadaan kanak-kanak orang kampung. Pasti ramai kelihatan comot, nakal dan aktif hingga menimbulkan geram orang melihat kanak-kanak yang sukar dikawal itu.Dari segi pelajaran juga agak tercorot berbanding yang lain.

Tapi, sedarkah kita apabila mereka sudah berumur dan meniti keremajaan, penampilan dan perawakan kanak-kanak itu jelas amat berubah. Dari yang disinonimkan sebagai kanak-kanak comot kini menjadi remaja yang begitu smart dan wajah bersih, di sertai pula dengan bibir yang sentiasa tersenyum dan ceria. Keadaan ini jauh beza dari keadaan zaman kanak-kanaknya.

Inilah yang berlaku kepada lelaki remaja ini yang bernama Roger Pomin yang berasal dari Kampung Kindasan, Keningau. Sebuah kampung yang jauh tersorok dekat hutan. Dari seorang yang pemalu kini sentiasa tersenyum ketiak bersua di suatu majlis. Datang memperkenalkan diri, dan memang Etuza tidak pernah jumpa Roger sebaik dia naik ke tingkatan satu. Selepas Etuza mengajar Sains tahun enam ,Etuza tidak tahu apa perkembangan ramai bekas murid Etuza, melainkan terjumpa tanpa sengaja di mana-mana tempat.

Dipendekkan cerita, Roger kini bakal merai Ijazah dalam bidang yang diceburi diu UMS Sabah. Hebat tak hebat Roger, dari yang sederhana pelajaran kini berada di UMS dan Etuza dengar Roger antara pelajar sekolah menengah di tempat di bersekolah yang mendapat gred terbaik mata pelajaran matematik peringkat SPM.Bangga betul Etuza dengan Roger Pomin. Terbaru dalam majlis di sekolah Etuza Roger ada menyampaikan persembahan nyanyian dalam bahasa Kadazan Dusun dan dia tampil amat menghiburkan dan berkeyakinan. Tak sangka berubah keperibadiannya menjadi insan yang terbaik diusianya kini. Syabas Roger Pomin.

Roger Pomin berbaju hitam no 06...di satu majlis sekolah..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wkmsalam.
    Tuah ayam nampak di kaki.
    Tuah manusia, Allah tentukan.

    BalasPadam
  2. Manusia dewasa seiring dgn peningkatan usianya.
    ^_^

    BalasPadam
  3. Salam singgah..

    Betul sangatt...

    Macam kawan2 skolah saya..

    Dlu2 kelas tercorot, sekarang dah jadi org2 yg berjaya.

    Alhamdulillah..happy tgk kawan2 berjaya..

    BalasPadam
  4. yap, rezeki masing2kan..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.