PBSM Tetap Bersemangat Wajah

PBSM Tetap Bersemangat Wajah

PBSM Tetap Bersemangat Wajah & 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 



Bersyukur kepadaNya, atas keizinan dariNya maka kita dapat bersama di online maya ini. PBSM singkatan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyertai perkemahan UBF ( Unit beruniform) selama dua hari dua malam yang bermula pada 29hb Oktober 2016.

PBSM untuk julung kalinya menyertai perkemahan UBF seiring dengan persatuan UBF lain iaitu TKRS, PPIM dan Pengakap Muda. Semua persatuan UBF ini telah berjaya menyertai perkemahan dengan jayanya. Pasti berbagai pengalaman telah diperolehi menerusi berbagai aktiviti yang telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa berkemah ialah :-
1. Cabaran setiap stesen ( Sayang si buta, kawad kaki, kemahiran rekacipta dan lain-lain)
2. Kembara yang merangkumi 8 stesen.
3. Pertandingan persembahan 
4. Pertandingan kawad kaki statik.
5. Senam arobik. 

Bagaimana pun terdapat beberapa aktiviti yang dahulu dijalankan tetapi pada tahun ini di tiadakan. Iaitu pertandingan memasak dengan menggunakan kayu api. Terdapat alasan yang logik agar pertandingan ini di tiadakan pada tahun ini.

Selain daripada itu, perkemahan UBF kali ini agak banyak masalah apabila pada hari pertama semasa sesi pendaftaran hujan lebat, petir dan angin kuat telah berlaku. Terdapat beberapa kem yang terbang akibat angin yang agak kuat hari itu. Tapak perkemahan juga basah dan agak becak. Keadaan sebegitu nampaknya bukan meruntuhkan semangat peserta tetapi mereka amat bangga dan seronok menjalani perkemahan yang bagi kanak-kanak berusia 9 tahun, 10,11 dan 12 tahun sesuatu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan.

Kepada semua AJK pelaksana diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya. 




Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

TAHNIAH KPD GURU2 PENGAWAS PENGAKAP BUKAN MUDAH NK MENJAGA MURID2 KECIL TIKA CAMPING TU.

Salam singgah...
teringat pulak perkhemahan zaman sekolah

Terima kasih drop komentar ya

Tahniah kepada guru2 yang bertungkus lumus menggerakkan program perkhemahan bersepadu unit beruniform ini.

dulu waktu sekolah masuk badan uniform ni...best gak

Pernah gak slps balik dari perkhemahan, anak bawa balik kain baju yang dah basah dan berbau busuk, maklum le tiba2 hujan tanpa dijangka sepanjang perkhemahan, apa2pun tetap seronokkan...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger