Nikmat Di Dunia Dengan Melihat Keindahan Bunga

Nikmat Di Dunia Dengan Melihat Keindahan Bunga

 Rumah yang ditanami  halaman dengan bunga kertas nampak indah sekali..
segar mata memandang..hargailah bunga alam ciptaan Allah.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bertemu lagi di arena blog. Kali ini memaparkan aktiviti kami ketika berkunjung ke rumah saudara kami bernama Rapini Haji Arinin. Sebuah rumah nun jauh di kawasan Kampung Tanah Merah ( Titigot). Rumah di tanah lot kelihatannya. Indah mata memandang dengan tanaman bunga kertas berbagai warna dan corak bunga dan daun bunga kertas menghiasi halaman.Rapini Haji Arinin seorang jururawat pergigian ya.

Mulanya mendapat panggilan melalui watsup dari seorang ibu. Katanya hendak bawa saya dan mama ke rumah saudara Rapini hari itu. Tujuan untuk mengambil ranting-ranting bunga kertas yang katanya hari ini hendak dicantas. Sayang jika dibuang begitu sahaja tanpa di manfaatkan untuk di tanam dibenihkan semula.

 Beraneka warni..inilah satu bukti kita melihat zat Allah..Dia cipta
keindahan untuk umatNya nikmati..kita tidak mampu wujudkan ini..

Dipendekkan cerita, kebetulan Etuza amat gemar bunga kertas. Maka kami pun pergilah ke rumah ini. Wah banyak jenis bunga kertas di halaman. Memang patut di cantas untuk kurangkan ranting2 agar lagi rimbun dan akan hasilkan bunga yang lagi banyak nanti.Apapun masalah timbul apabila lelaki yang di arahkan untuk membantu memotong mencantas ranting2 bunga kertas ada kecederaan dekat jari. Hampir putus kena pisau mesin rumput. Ya Allah kasihan sungguh Etuza. Pedih perut bayangkan luka dan kena tulang sekali. Mujur cepat ke hospital dan disambungkan semula jari yang hampir putus itu. Pedihnya. Allah hu akbar.

Bila keadaan kami sendiri mencantas dan memotong ranting besar atau ranting kecil, jadi segan pula, kerana kami kurang pasti citarasa tuan punya bunga. Harus bagaimana caranya hendak potong. Jadilah mencantas sekerat-sekerat atau mencantas ranting2 yang di lihat menganggu pandangan atau menganggu ruang jalan pada bunga kertas tersebut.Agak banyak ranting pokok bunga kertas kami dapat. Boleh tengok penuh kereta. Etuza hanya memandu kereta sahaja, yang tak henti-henti mencantas ranting-ranting bunga kertas itu, ha itu lah kaum ibu 4 orang dalam gambar. Kadang berlaku perebutan hendak dapatkan batang besar pokok bunga kertas.Apapun aman saja...saling memahami dan membenarkan mana-mana sahaja.


Terima kasih sudi memberi secara percuma..hanya Allah mampu
memberi pahala pada tuan rumah ini..baik hati dia..

Pada Etuza, ini lah salah satu nikmat ketika kita hidup di Dunia ini. Kita diberi mata untuk melihat dan pandanglah yang indah yakni antaranya keindahan bunga-bungaan semula jadi. Kala melihat keindahan bunga pasti terdetik dalam hati dan jiwa. Amat hebatnya kuasa dan kebesaraan Allah mampu ciptakan keindahan sebegini rupa. Kalau di Jepun, Korea dan di negara lain memang keindahan bunga amat dijaga. Anda tidak percaya cuba klik keindahan bunga di Jepun amat banyak dan dilihat amat2 indah dan menawan. 

Usahlah kita merasa memandang hina atau merasa pelik apabila kita melihat ada kaum wanita atau kaum lelaki yang amat sukakan bunga. Walaupun bunga itu sinonim dengan kelembutan wanita, tetapi bukan bermakna haram bagi lelaki menyukai bunga alam semulajadi. Malah lelakilah yang sepatut menanam, menjaga dan memelihara bunga di halaman rumah, kerana kaum wanita sibuk selalu menyiapkan juadah di dapur untuk seisi keluarga. Hendak kata nikmatilah keindahan bunga selagi kita hidup, tidak rugi malah kita mendapat kelembutan hati dengan selalu berzikir kepada Allah.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. subbahanallah cantik sgt.. dulu kat kg Unni tiap rumah nmpak orang tanam bunga mcm tu, tp skg nk jmpa bunga tu pun susah..

    BalasPadam
  2. Salam CIkgu..Lama Lya tak singgah sini..Rini baru berkesempatan..Sorry ya Cikgu tak berapa BW sangat sekarang ni....Wah cantiknya bunga bunga...

    BalasPadam
  3. Wah meriah sungguh bunga2 kertasnya,
    berwarna-warni.
    Selamat menyemai pokok2 baru.

    BalasPadam
  4. salam..cikgu..nikmat mata yang memandang pantulan kasih sayang Allah SWT

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.