Blog Hanya Untuk Menulis

Blog Hanya Untuk Menulis

Sekadar menghiasi paparan blog..cedok dari google

Blog adalah ruang tempat untuk kita menulis sesuka hati kita. Katalah apa sahaja pasti ada berbagai bentuk penulisan dalam blog di legar maya.Tapi dalam keadaan bebas menulis di blog sebenarnya ada pihak tertentu yang memantau blog kita, paparan blog kita di udara maya. Bermakna bukan sesuka hati yang ikut perasaan bila menulis cerita di blog anda.

Suatu masa lalu, dalam awal pembabitan Etuza dalam blog Etuza ikhlas hendak katakan, Etuza gemar dan sangat teruja mencantikkan paparan blog Etuza dengan berbagai warna dan alat menghiasi blog. Siap dengan cahaya berkelip-kelip. Ada macam-macam ada. Tapi bila lama kelamaan blog Etuza di kritik habis-habisan, di kritik berat dan semak. Ya Allah macam hutan belantara lah pula yang tidak dibersihkan semak samun sana-sini. 

Selain itu, Etuza ada membaca blog yang simple dan tidak ada secalit gincu atau bedak pada blog tersebut. Hanya ada bloglist dan galery catatan dalam blog tersebut. Etuza adan membaca, katanya bukan tujuan lain hendak berblog. Katanya hanya untuk menulis, bukan hendak berhias dalam blog. Niat nya hendak menulis sahaja.Etuza akhirnya akur dan bersihkan blog Etuza. Namun kelihatan tidak seperti blog orang lain yang lebih pengalaman. Inilah sahaja kemampuan kemahiran blog Etuza, blog biasa dan pengisian yang amat biasa-biasa sahaja. 

Berbalik kepada niat berblog, Etuza kini hanya niatkan untuk menulis ketika ada kesempatan. Terserah lah pada teman blogger niat mereka berblog untuk raikan rezeki masing-masing. Usahlah berblog hanya berniat menyakiti hati orang lain. Tetapi datanglah hadirlah dalam dunia blog dengan niat untuk menjalinkan ukuhuwa maya dan saling hormat menghormati. 

Terakhir sekali, Etuza hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger yang masih meletakkan blog Etuza sebagai bloglist dalam blog anda. Kepada blogger yang sudah padam blog Etuza dalam bloglist anda, itu hak anda. Tiada siapa yang menghalanginya. Kita teruskan berblog dengan niat hanya untuk menulis, bukan hendak berbangga diri dan menyinggung hati blogger lain.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Setiap dari kita ada sebab sendiri untuk berblog. Apa yg penting, janganlah sebab blogging, kita mengabaikan komitmen-komitmen kita dan kalau boleh janganlah bermasam muka sesama blogger. Bukannya ada sesiapa pun paksa baca apa yg kita tulis, kan? ^_^

    BalasPadam
  2. blogger kalau tulis dari jiwa baru uuuummmppphhh.. sedap jek baca.. hee~

    BalasPadam
  3. MENULIS BLOG DGN NIAT BAIK INSYAALLAH XGANGGU SESIAPA.

    BalasPadam
  4. Teruskan menulis cikgu. Yg penting dpt menjalinkan ukhuwah sesama.. tiada niat utk menyinggung hati sesiapa..

    BalasPadam
  5. Pastinya blog saya makin tenggelam, huhuhuhu...

    BalasPadam
  6. tujuan menulis setiap blogger mmg berbeza...
    inilah mnejadikan dunia blogger lebih meriah

    BalasPadam
  7. semoga blog kita dapat memberi manfaat kepada pembaca =)

    BalasPadam
  8. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
  9. sama la dengan saya..menulis bila ada masa free je..share informasi dengan pembaca.

    BalasPadam
  10. Betul tu.

    Blog adalah tempat untuk kita merakam apa yang ada dalam hati dan hidup kita.

    Saya pun kerap di kritik dan diberi komen yang kekadang menyentap hati. Namun saya biarkan dan terima dengan hati tetbuka.

    Prinsip saya ialah... bila ada komen ertinya blog kita itu ada pembaca.

    Bila ada komen ertinya... ada teguran yang perlu kita semak...

    BalasPadam
  11. Maaf cikgu lama tak singgah sini dan PC sendiri pun dan kurang sangat berkongsi kisah..in sya Allah jika kita kongsi dari hati..pasti ke hati juga akan terasanya...amin...

    BalasPadam
  12. semuanya bergantung kepada niat seorang blogger tu berblog.. kalau dia sekadar nk suka2, saja2.. seronok2... boleh saja kalau nk hias cantik2 banyak2 blig2 sekalipun..

    tapi seorang blogger yang pentingkan isi kandungan, mesra pembaca, fokus perlu lebih kepada penulisan dalam blog.. tapi x bermakna perhiasan tu x letak langsung..

    blog banyak sangat widget pun nampak serabut, tapi kalau blog kosong sangat pun tak akan menarik minat org utk berkunjung baca..

    perhiasa itu perlu, tapi bukan keutamaan dan hanya sekadar sampingan..

    pendapat saya la..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.