Bisikan Dan Salam Terakhir

Bisikan Dan Salam Terakhir

 Gambar hiasan sahaja..

Asalamualaikum semua.

Bersyukur ke atas Allah pada hari ini kita diberi kesempatan menghirup udara segar dan Allah beri kita banyak lagi kesempatan dalam kehidupan ini.Alhamdulillah atas segala kurniaanNya.

Hari ini Etuza kongsikan sedikit peristiwa sebenar dalam kehidupan Etuza. Seolah ringan hati dan ikhlas mencatat cerita hidup ini. 

01 Oktober 2016 bersamaan hari sabtu, petang hari itu, Etuza, mama dan anak lelaki Etuza yang ke 5, pergi ke Hospital Keningau untuk menziarahi dua orang kampung yang sakit tenat terlantar di wad lelaki dan seorang di wad wanita. Terlebih dahulu Etuza ke wad lelaki. Ramai saudara mara berada dekat wad tersebut. Melihat sekujur tubuh yang terlantar itu, sebak hati Etuza.Dalam keadaan kritikal.  Hati berbisik Ya Allah kurnikan kesabaran kepada semua keluarganya dalam saat diuji. Dan kami yang melihatnya juga sesungguhnya di uji.

Etuza meminta izin untuk dekat dengan insan yang terlantar. " Asalamualaikum..saya datang ziarahi kamu ( saya sebut nama ku), ingat kekuasaan Allah ya, zikir dalam hati sungguh-sungguh kalimah Allah Lailahaillallah Muhamad rasusullah" Ini lah bisikan Etuza kepada insan yang terlantar itu. Etuza benar-benar sebak hingga menitis air mata dan sedikit Etuza terisak-isak halus dan segera bergerak ke sebalik tabir wad no 13.Ya Allah, sebak hati ini kerana ingat kekuasaanNya.Allah beri ujiaan dan kita harus redha bahawa dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali juga.Mama dan anak lelaki Etuza hanya mampu berdiam diri dan membiarkan Etuza seketika dalam keadaan sebak sekali. Insan ini adalah seorang Guru Besar di sekolah rendah di Keningau. 

Beralih ke wad wanita. Wanita ini dikira usia emas. Ibu yanga sangat baik kepada sesiapa sahaja. Pernah beberapa kali Etuza datang kepada  wanita ini untuk merawat bisul yang dialami oleh anak-anak Etuza ketika kanak-kanak mereka. Terutamanya bengkak bawah telinga yang merbahaya jika dibiarkan. Wanita yang terlantar kritikal ini memiliki keadaan semulajadi di mana sentuhan jari jemarinya secara urutan dan disapukan kapur sirih, mampu dengan izin Allah mengubati bengkak bawah telinga atau bisul. Ramai orang datang kepada ibu ini jika keadaan bengkak telinga di alami.

Sama juga di wad lelaki, Etuza datang membisikkan salam. Memberi perangsang agar ibu ini tabah dan ingat kalimah Allah. Mohon kekuatan kepada Allah. Etuza yakin pasti dia mendengar suara kita dalam keadaan koma sekalipun. Ketika Etuza sedang berbisik di telinga, ibu ini gerakkan kelopak mata. Kemudian isteri Etuza pula datang berbisik ke telinganya, meminta izin untuk balik. Ya Allah ibu yang terlantar kritikal itu PERLAHAN-LAHAN MENGANGKAt TANGAN SEOLAH HENDAK BERSALAM. Etuza segera sambut tangan dia dan bersalam, begitu juga isteri Etuza menyambut salam tangan ibu yang terlantar tenat itu. Selain itu ibu itu gerakkan  kedua-dua lutut ibu itu bergerak . Satu keadaan yang Allah tunjukkan bahawa dalam keadaan koma pesakit itu sesungguhnya boleh mendengar suara kita dan mengenali siapa kita yang datang ziarah.Subahanallah.

Ahad kemarin sebaik lepas solat ishak Etuza bawa anak-anak lelaki Etuza baca surah yassin khusus kepada ibu ( Arwah Hajitah Abdullah ) ibu kepada sahabat Etuza bernama Tarmizi Sabarudin yang tenat di Hospital Besar Keningau. Selepas selesai baca surah Yassin,Etuza on watsupp. Etuza dengan tenang menerima khabar di group watsupp bahawa pada jam 5.55 petang hari ahad Ibu Hajitah telah kembali ke rahmatullah.Allah lebih sayangkan dia dan Etuza dengar arwah terlantar di Hospital Keningau sejak malam khamis minggu lalu dan meninggal dunia kemarin petang. Arwah di tahan di hospital apabila serangan jantung mengejut. Marilah teman blogger kirimkan AL FATIHAH kepada arwah ini.Hari ini arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang - orang Islam di Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.