Taman Pencinta Bunga Alam

Taman Pencinta Bunga Alam

Asalamualaikum semua.
Syukur kehadratNya, Dia turunkan hujan membasahi bumi ini. Segar kelihatan kehijauan disekeliling kita. Semoga segar jiwa kita hendaknya.

Green Gallery Nursery satu tempat taman bunga di tepi jalan  menuju ke Papar ke Kota Kinabalu. Etuza pada awal pagi ke Kota Kinabalu melihat pagar terbuka dan kelihatan rimbunan bunga kertas di halaman. Sungguh cantik kelihatan dan terdapat berbagai jenis bunga kertas yang Etuza belum miliki.

Dalam hati, pasti balik dari Kota Kinabalu akan singgah dan itu Etuza akan pastikan. Terkabullah doa dan niat hendak ke Green Gellary Nursery ini pemiliknya bernama Puan Azlen, seorang wanita suku kaum Dusun, Sabah. Kami berbual dalam bahasa suku Dusun. Lihat sahaja hasil bunga kertas di halaman rumahnya. Sangat cantik dan dalam 5 bayung bunga kertas yang berharga RM10 dan RM 20, serta tanah hitam Etuza beli dengan harga berpatutan. Tidak mahal tidak lah juga murah, harga sederhana yang semua pencinta bunga mampu miliki.

Kepada pencinta bunga alam, tengoklah hasil tangkapan gambar pegun yang Etuza sempat dapat. Banyak bunga menarik yang ada tetapi memandangkan cuaca agak panas dan hendak balik ke Keningau dengan kadar cepat maka beberapa keping gambar sahaja yang sepat di ambil. Selamat melihat keindahan bunga-bunga kertas yang amat Etuza gemari.











Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. As-salam cikgu etuza. Cantik taman ni kan. Pokok rerama ada juga ka?

    BalasPadam
  2. Wkmsalam.
    Kagum melihat keindahan flora ciptaan Tuhan.

    BalasPadam
  3. memang seronok tengok bunga-bunga mekar macam ni.tenang je rasa

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.