Subahanallah Air Mengalir Dari Bukit ( Lata Tembakah - Terengganu )

Subahanallah Air Mengalir Dari Bukit ( Lata Tembakah )

Asalamualaikum semua..
Hebatnya Kolam Air Panas  Lata Tembakah Terangganu 
Wow!!!! Amazing Air Terjun Lata Tembakah Terangganu

Inilah air mengalir dari bukit, sangat luar biasa. Terserlah dan jelas kelihatan walaupun hanya dalam gambar ini. Air Tasik Lata Tembakah Terengganu, inilah nama tempat adanya air mengalir dari bukit tersebut dan kelihatan air mengalir deras lalu membentuk tasik yang agak dalam menurut sumber dari anakanda Etuza.


Kami bermula dari rumah sewa kawan kami di Pasir Mas Kelantan, kata anak Etuza. Saya dan rakan saya tinggal seketika di rumah sewa kawan kami yang sedang menjalani latihan praktikal di Hospital Pasir Mas, Kelantan. Menjelang jam 8.00 pagi dari Pasir Mas kami bertolak menuju ke Air Tasik Lata Tembakah ( Air terjun dari bukit Tembakah ). Untuk sampai dari Pasir Mas ke Lata Tembakah jika tidak jammed jalan raya hanya memakan masa selama 1 jam 40 minit katanya. Mereka sampai di Lata Tembakah kira-kira jam 10 pagi. Dalam kiraan 2 jam masa perjalanan mereka dengan menaiki motosikal masing-masing.Klik SINI dan SINI untuk gambar Lata Tembakah yang lebih menarik.

Menurut informasi lagi, untuk masuk ke kawasan Lata Tembakah kena melalui ruang masuk utama dengan harga masuk RM4 sahaja. Kena melalui bukit yang dipasang tali sebagai tempat berpaut untuk terus turun ke Tasik Lata Tembakah. Arahan tentang menjaga kebersihan kawasan ini antara arahan yang wajib tidak melakukan perkara buruk iaitu membuang sampah. Dalam Lata Tembakah ini juga ada tempat tinggal, tandas dan ada disediakan tempat mandi. Wah hebat rasanya, teringin hendak ke sini  suatu masa nanti.

Inilah kawan-kawan sekuliah anak Etuza..Selfish bersama-sama..
Nampak air bukit mengalir amat mendamaikan..jernih dan bersih pula tu..


Catat Ulasan

2 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.